T.A.H.U
TAHU - By Fynn Jamal
Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar
pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi
Di riuh engkau
berdiri
Satu per satu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada
Mahu kau lari dan
bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi
Haus
Tak terpuas lautan
Lapar
tak terkenyangkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan
Kau selongkar bumi langit petala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma di letak tepi
Sayu
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Namun tak kau
akukan
Apa kau cari
yang sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa
kau cari yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang
berganti
Jawabnya tetap sama
Apa kau cari yang sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau nanti yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama
Sayu
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Kau sayu
Kau rindu
Sama tuhan...
------------------------------------------------------
Aku seriously suka dengan lagu ni. Kali pertama aku dengar & hayati lirik lagu ni aku rasa macam ada tamparan pada muka aku. THIS..is exactly what I feel..or I am. We keep searching & searching for eventual happiness when the fact is.. we forgot. And we neglect what or who we are. Wa are actually looking for our Creator.Selagi kita tak letakkan Tuhan itu pada hati, pada jiwa,pada nafas..kita akan terus mencari. Dan mencari. Dan kita sesat dalam pencarian tu. This..is me. Untuk apa kita ke hujung dunia mencari makna hidup kalau apa yang ada di abaikan?
"Kau tahu, Kau sayu, Kau rindu Sama tuhan...". This is how I feel. Aku tahu aku langsung bukan orang alim. Aku masih banyak kekurangan. Dan kekurangan aku jelas kelihatan pada luaran. Aku mungkin terlupa, terabai, terhilang, terbuang dari ingatan. Segala ajaran. Tapi aku tahu. Aku rindu sama tuhan. But heyyy... each of us can better ourselves bits by bits..right? Insyaallah.. :)
meremang bulu romaku baca lirik tu...
ReplyDeletelin pernah dengar lagu ni kat cerita pukul 7 tu. owh... kokping nyanyi.. patut unik.
and memang terus jatuh cinta bila dengar. jup nak dengar kat youtube..
yang baru tahu tajuk lagu,
allene =D