Karpal Singh maut ~Teori konspirasi pun bermula...

Karpal Singh terbunuh bersama pambantu peribadinya Michael Cornandez, manakala anaknya, Ram Singh, pemandu kenderaan terbabit,C Selvam dan seorang pambantu dari Indonesia terselamat dalam satu kemalangan ngeri berhampiran Gua Tempurung, Kampar pada kira-kira jam 1 pagi tadi (17 April 2014).

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah. Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Toyota Alphard yang dinaiki Karpal Singh

Remuk habis. Tu Alphard tu. Kalau Viva?? Ranapppppp...


---------------------------------------------------------------------------------

Aku rasa most Malaysian mesti kenal siapa Karpal Singh ni kan? Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan one of noted/prominent opposition leader di Malaysia. Walaupun kau tak minat politik tapi sikit sebanyak mesti kau pernah dengar nama Karpal Singh ni kan?? Takziah lah aku ucapkan kepada family Karpal Singh & pembantunya, Micheal Cornandez. Rakyat Malaysia pun aku tgk dah mula membanjiri laman sosial dengan ucapan takziah kepada family mangsa.

Dan...seperti lazimnya di Malaysia ni. Setiap isu, kejadian yang berlaku..sekiranya ada peluang untuk dipolitikkan, pasti akan dipolitikkan. Nak2 lagi kejadian ni membabitkan ahli politik terkenal, one of the opposition leader. CONFIRM POLITICAL ISSUES & CONSPIRACY akan bermula!

Tak percaya kata aku?? Karpal Singh baru sahaja terlibat kemalangan pukul 1 pagi & pagi ni rakyat Malaysia mula menyampaikan ucapan takziah. Tak payah tunggu petang nanti. Kejap lagi korang boleh mula baca teori2 konspirasi yang bakal dilontarkan oleh ahli2 konspirasi terkemuka laman sosial. Keyboard warrior. Semua akan claim dorang tau apa yang berlaku. Sama dengan kes MH370. Macam2 teori dikemukakan. Tapi siapa yang dapat buktikan bahawa teori dia paling tepat??

Korang mesti boleh agak teori konspirasi apa yang akan keluar dengan kematian Karpal Singh ni kan? Aku malas nak komen lebih2. Sebab aku takde kat tempat kejadian & aku tak tau apa yang sebenarnya berlaku. Tapi...mari kita tunggu & lihat apakah teori konspirasi yang akan muncul dengan berita kematian Karpal Singh ni. Bukan aku nak bergembira atas kematian orang lain, tak. Tapi..kita semua sedia maklum dengan perangai orang2 Malaysia yang sangat kreatif ni kan??

Mari kita tunggu...... :)

Comments

  1. i pun menyampah baca teori2 ntahhapehape ntah.... baik kita diam dari bercakap...

    salam takziah

    ReplyDelete
  2. tu la.. nnt mesti kaitkan dengan politik... bla.. bla... bla...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts