Rumahku bukan rumahku... Part 2

Amboiiii...cite rumah yang takde ape2 pun nak ber part2 bagai. Hahahaha..
Sila baca Rumahku bukan rumahku Part 1 kalau tak paham cerita..

Aku tengah gundah gulana nih (ecehhh!!!!)...
Sebab setelah ditimbang tara... Rasanya kitorg terpaksa naikkan sewa almost RM200.
Kira RM200 la senang...
Kalau korang kan.. rasa melampau tak kalau owner baru tiba2 naikkan sewa RM200?
Macam melampau kan?
Sebab RM200 tu banyak...
Aku pun rasa RM200 tu banyak..

Tapi..lepas naik RM200, sewa dia akan jadi ikut market rate..
Sebab rumah2 kat apartment tu punya sewa yg latest (tahun 2013) pun setahu aku dalam range sewa yang kitorang nak bagi tu..
Tapi..dia sewa rumah tu dalama..
Sebab tu sewa dia ikut rate bertahun2 sudah..

Aku bukan nak aniaya kakak tu..
Ataupun nak amik untung..
Memang itulah yang kitorang bayar bulan2 kat bank..
Takde niat pun aku nak amik untung..

Kalau korang cakap lebih kurang lah dengan kakak tu,
Suami dia sakit..
Memang aku try lebih kurang la ni..
Tapi..kitorang tak mampu tanggung RM200 untuk rumah yang kitorang tak duduk pun..

Pada korang mungkin RM200 tu takde apa..
Sebab rumah tu jadi rumah aku jugak..
Betul.
Tapi bila rumah tu kitorang sewa..
Kitorang kena start saving balik.
Untuk beli rumah lain.

Saving yang ada dah almost kering..
Korang kena faham, deposit dah 10% dari harga rumah. Lawyer's fee, etc...
Kering. ASB pun dah kering.
Tapi rumah tu disewa takde untung pun. Tapi kena topup RM200 lagi..
Mana kitorang mampu..
(Eh.tetiba jadi kisah sedih aku pulak.haha)

Ada kawan aku bg cadangan, naikkan RM100 utk setahun.
Then nak renew contract tahun depannya, naik lagi RM100.
Kira kitorg tanggung RM100 utk 12 bulan je la..
Hmmmmm...yang tu boleh consider jugak..

Tapi kan....kadang2 aku harap sangat kakak tu tak setuju dgn rent baru ni..
So dia pindah keluar..
Maka dapatlah aku duduk rumah tu..
Kejam tak aku?? Hehehe...

Apa nak buat nih????
Patut tak naikkan RM200?
Or naikkan RM100 dulu??

Arrrgghhh...tak boleh jadi landlord betullah aku ni..
Asik nak kesian dengan penyewa...
Aku ni macammana??
Huaaaaa....... (T_T)

Comments

  1. kita citer kt hb kita psal kes awak ni. patutnya owner lama seblom jual kt korg, kuarkan la dulu tenants tu. ni jenis nak lepas tgn nak biarkan owner baru pulak take over tenants tu. tp hb kita suggest, korg ckp je la korg nak pindah masuk rmh tu. beli sbb nak pindah, bkn sbb nak sewakan org. bg dia ms utk pindah, 3 bulan dr skrg ke. bkn nak bertindak kejam, tp itu kan typical scenario sewa-jual-beli rmh esp rmh 2nd. diorg sebagai penyewa patut paham. dh owner baru, bkn owner lama. yer kita mmg simpati dgn situasi dia, tp at the same time, tu rmh korg, bkn rmh owner lama, and most importantly bkn rmh diorg. korg yg byr, nama korg, korg yg tanggung cukai segala. and if dia rayu2 x mo pindah, try tanya dia, nak beli rmh tu x? klu nak beli, lg senang keja korg jual je ke diorg and korg leh beli rmh lain (kes ala2 constructive dismissal la jugak). sekian, my two cents (actualy, our two cents).

    ReplyDelete
  2. haha...bgs jugak cdgn u (or u & ur hb) ni...jual balik..kan?
    actually kitorg beli mmg below market price.sbb tu agree utk setelkan tenants,tunggakan,ape sume..
    tunggakan dia je dah dekat rm10k (cukai,mentenance fee,api,air)
    kalau tenant baru nak beli,boleh.tp ikut market rate la kan..
    masalahnya xsure la dia boleh sediakan 10% deposit or not..
    tu la masalahnya..tanak jadi kejam.tp kalau kesian sgt makan diri pulak.huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) then korg ckp la ke diorg tu elok2, bg ms utk diorg cari rmh lain utk sewa. sgt x berbaloi u spent like 10grand on something yg in the end, merugikan korg je. bg ms pon kena tegas, set target by end of year ke, diorg mesti jugak kluar dr rmh tu. jgn la sbb nk sewa murah, smpi susahkan org lain pulak. byk lg rmh sewa kt kl tu yg murah. x pon korg g carikan rmh sewa murah utk diorg. yer mmg mcm menyusahkan korg tp anggapla dpt pahala lepas bertindak separa kejam nak keluarkan diorg dr rmh tu. hehhehe. tu flat dbkl kt gombak byk kan, sewa x mahal sgt, dkt dgn bas pegi lrt tmn melati/terminal gombak and such. (^^,)v

      Delete
    2. Ermm...actually harga sewa flat2 kat area tmn melati/terminal gombak tu kan..sama or lg tinggi dari rent yg kitorg nak bg ni.and rumah lg kecik.hehe..
      tapi maybe i boleh tlg jugak kakak ni cari rumah sewa..tu lah.anggap cm menolong orang je la..
      sbnrnye sblh apartment ni ada jugak flat2 low cost.maybe kakak tu boleh try tgk flat2 tu.kecik sikit tp sewa lg rendah..baloi jugak kot.location sama..

      tq 4 ur advice dear!!suka2...sbb bila fikir sorg2 mmg dah xleh fikir dah.hehe..

      Delete
    3. (^^,)v glad to hear that. ok sila survey rmh sewa utk diorg. win-win situation. best of luck yaaaa

      Delete

Post a Comment