Misi Dua Minggu...

Haruslah korang tertanya2 apakah misi dua minggu aku kan? Misi dua minggu aku adalah....menyiapkan 100% barang2 keperluan baby & keperluan selepas bersalin! Mak aih! Awal gila?!! Ye. Aku baru 29 minggu. Aku tau... Tapi aku mmg gelabah tahap lipan dah ni.. Kenapa??


1. Although aku baru 29 minggu, ramai gila...diulangi.. RAMAI GILA yang cakap perut aku dah turun. Even makcik2 aku pun ckp camtu masa raya haritu. Makngah aku siap pesan soh sedia sebab aku ada tanda2 nak lahirkan baby xcukup bulan. Kakak2 kat ofis ni sepakat segenap suara dengan yakinnya vote 100% yg aku akan bersalin awal. Bak kata Kak Niza... "Awal ni dikkkk...betulllll...tak sempat November nieeee...". Thanks kak. Saya seriau!!

2. Setelah mencecah 7 bulan...beg utk bersalin kat hospital pun tak siap pack lagi. Nasib baik lah last week Mr Hubbee da tolong basuh (tipu, washing machine yg basuhkan), sidai & lipatkan baju baby. Dah boleh pack brg2 masuk beg & letak dalam kereta menurut kata2 kakak2 ofis aku. Baikkkkkkk.... (-_-")

3. Aku pernah mention dlm entri ni yg Mr H kena pegi Riyadh 4 bulan. Setelah mendapat tentangan dari aku, die xjadi pegi Riyadh masa tu (yeay!!). Tapi tetiba dpt berita Mr H kena jugak pegi Riyadh! Tapi bukan 4 bulan. 2 minggu je... (Harap2 lah 2 minggu je!). Bila? Date tak confirm lagi tapi lepas Hari Malaysia 16 September ni. Jangan pegi 17 September sudah. Mau aku jadi Godzilla nanti. 17 September tu birthday aku la weyyyy!!! Berani company dia anta dia pegi tarikh tu?? Mmg amukan puaka la aku bg kat bos dia nanti. Ini bukan kisah tipu. Aku kenal bos dia & aku berani memberi amukan puaka tu sebab aku pernah keje sana dulu. Hehehe... Mau lihat saya menghasut suami saya utk berenti keje?? Sila lah mencabar kesabaran saya ye?? I know you're worried that he will resign because of me!Heheee..... ;P 

OK.... 3 sebab di atas menyebabkan aku rasa aku patut siapkan segala2nya dalam 2 minggu ni. Sebelum aku terberanak & Mr H fly to Riyadh, better aku prepare awal2. Lepas tu dah leh rilek2, tggu bersalin je...

Pasal Mr H kena pegi Riyadh tu,aku cam down gak... Gila tak down ko...Dala perut da besar, org2 sume cakap aku bersalin awal, LDM ngan Mr H, ni Mr kena pegi Riyadh pulak. Buatnya aku bersalin masa Mr H kat Riyadh...mau tak syahdu aku??Tak tercapai la cita2 aku & Mr H nak dia temankan aku bersalin, azan & iqamatkan baby, teman aku kat hospital... Huhu. Mau bergenang2 airmata aku time bersalin nnt. OK. Drama. I know. Hehehe...

Mostly barang2 dah 90% complete. Nanti ada masa aku share checklist aku k? Tinggal barang2 ni je yg takde lagi :

  1. Towel (aku pun tak tau nape aku xbeli towel lagi.padahal kat mana2 ade jual. Lunch ni pegi beli kejap lah!)
  2. Methylated Spirit (perlu ke? Ke hospital bagi masa discharge eh??)
  3. Reusable breast pad (aku da beli 2 pairs + disposable punya. Tapi rasanya nak tambah sket)
  4. Set Pengurusan Uri (macam tak sempat nak tggu baby fair. Aku beli online je lah. Tapi mahal lah sket)
  5. Bengkung
  6. Herbal Bath
  7. Tungku Herba (Ibu)
  8. Tungku Herba (Baby)
* Item 5-8 aku da usha 1 pakej online. Maybe nak beli arini jugak! Tak menyempat2. Haha...

Barang2 KIV (lepas bersalin baru beli)
  1. Sterilizer + Bottle Warmer
  2. EBM Storage bottles (da ada 10 bottles + plastic storage. Utk tambah2)
  3. Cooler Bag + Ice packs ( Kena beli 2 set. 1 utk bawak pegi office, 1 utk bg pd BS)
  4. Soft Books
  5. Stroller/Baby carrier hanging toys
  6. Playgym (Ini nafsu namanya. Keh3...)
Air selusuh mintak Mr H buatkan before pegi Riyadh. Mr H cakap ada jual minyak selusuh utk sapu kat perut. Aku tak pernah dgr pulak...korang tau tak??? Explain sket.......

Comments

  1. wow! seriously? kene cargas ar ni siapkan everything.dah de braxton hicks tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ade da...dr last month da rs braxton hicks.tp a few times je la..cepat tak?hehe..
      ni tgh mode gelabah lipan la nak menyiapkan segala2nya.adessss.... (-_-")

      Delete
  2. herbal bath dlm tanamera if xsilap ade dah weh..dah boleh delete tuh dlm list ko.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr..aku tau sbnrnye.tp ini nafsu.heheh..actually pakej yg aku nk beli tu ade skali herbal bath 7pack.so aku rembat je la.alang2 40hari pantang,40 hari aku mandi herba.over tak?keh3... ;p

      Delete

Post a Comment

Popular Posts