Welcome to the Thomas Sabo Charm Club!!

Isnin & Selasa haritu aku & Mr H kena food poisoning. Huaarrgghhh...puncanya? Sebab majlis tahlil & kesyukuran untuk anak sedara Mr H. Itu lain citer lah ye..

Just nak share jeeeeee....sekarang aku dah join Thomas Sabo Charm Club! Huahahahaha... Aku tau ramai yang suka Pandora. Tapi aku sebenarnya lagi prefer Thomas Sabo. Takpe2... taste setiap orang tak sama. Actually Mr H kata aku macam kanak2  bila pakai charmbracelet ni. Tapi pada aku comel jeee... ;)



Alkisahnya aku da banyak kali bitau Mr H aku nak beli Thomas Sabo. (Aku tak minat Pandora sebab nampak macam 'too girly' utk aku. Aku suka Thomas Sabo sebab comel macam kanak2. Huahuahuaaa. Ok. In my defence, aku memang pakai charmbracelet gold dari dulu lagi. Tapi lepas kawin tukar pakai gelang kawin je). Then last Friday tiba2 Mr H buat surprise. Malam Jumaat tu tiba2 dia keluarkan satu paperbag and cakap "Happy Mother's Day b...". Nampak je logo kat paperbag tu aku dah nak menjerit dah. It's Thomas Sabo!!!!


 
Paperbag besar isi catalog je banyak. Isi sebenar kecik je...

 
Isi sebenar. Ni je yang penting. Hehehe..

Actually Mr H beli bracelet & kebetulan tengah promo sempena Mother's Day ni dapat free satu charm.. Ni promo dia :

 

And this is what I get (maafkan tangan yang buruk itu. Hehehe..) :
 
Thomas Sabo Bracelet

'Love' Charm for Mother's Day

Mr H cakap sebenarnya dia nak beli sekali charm Vespa (konon melambangkan dia la tu) macam yang kitorang tengok kat catalog dia tapi masa dia beli bracelet tu dia tak nampak pun charm Vespa (Mr H beli kat Thomas Sabo KLCC). Bila aku tanya dia ada tanya salesgirl tu ke tak dia cakap segan nak tanya. Apakah?? Hehehe.. Takpe2. Kita boleh cari kemudian.. So our next hunt adalah charm Vespa ni :

 
Symbolizes him. (Harga dalam RM270 kot.) Sebab masa mula2 kenal Mr H, dia ada Vespa lama tu. And sekarang pun dia ada Vespa baru. Ye. Dia ada dua dua Vespa (lama & baru). Sape nak pinjam Vespa lama untuk shooting sila tanya Mr H. Jangan tanya aku. Bukan Vespa aku pun. Hehehe... 

We agreed that this will be our thing. Kitorang akan collect & beli charm yang ada maksud dalam life kitorang je. Mr H cakap charm 'Love' tu symbolize aku. Sebab charm tu utk mothers. And I'm full of love (Yeah, right. Ayat sedapkan hati aku sebab charm tu free kan?? Ingat aku tak tau la tu. Hihi). Lepas Vespa tu maybe nak cari charm yang symbolize Eusoff pulak. Tapi takdela nak beli charm banyak2 sekaligus. Mau terkopak wallet kitorang. Sebab charms tu pun dah RM200-400 sebijik! Huhu.. -_-"

Sebenarnya aku suka Thomas Sabo ni sebab charms dia macam2, colourful & boleh symbolize different2 things in our life. Cer korang tengok antara contoh2 charms yang ada :

 

Untuk yang nak tau, most bracelet & charms Thomas Sabo ni is made from Sterling Silver tapi ada jugak special2 collection yang dibuat dari Rose gold, gold, white gold, etc.. Harga pun berbeza2 ikut material & design la.. Aku memang pilih Thomas Sabo punya popular design bracelet. Sebab aku rasa senang nak pakai, tak sangkut kalau dukung Eusoff & boleh masuk most charms. Selain tu boleh cuci bracelet & charms tu free setiap kali pegi THomas Sabo punya outlet. Just bagi kat salesgirl tu then tunggu kejap dan charmbracelet anda akan bersinar semula. Muahahaha... And kalau ada yang tertanggal or rosak (macam charms punya bling2 ke apa la) boleh anta kat outlet dia untuk repair FOC.

 
Design gold, rose gold & white gold..
 
Jadi...mulai sekarang marilah mengasingkan duit setiap bulan untuk membeli charms kat Thomas Sabo ni. Takleh beli setiap bulan sebab rasa macam melampau pulak. Jadi kita taget 2-3bulan sekali beli 1 charm..ok? Hihi...

So...untuk kawan2 lain yang minat Thomas Sabo jugak.. mehla join the club (yang tak berapa berfaedah ni). Hehehehehe...

WELCOME TO THE CLUB! Aku sudah terjebak woiiii!!!!!!!!!!!

Comments

  1. wahhh.i x pernah lah dgr sabo sabo ni babe.soul free pernah lah.heee.mahal gak kan.sama mcm pandora.haih menggila! kena kumpul duet neh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tu la beb. Thomas Sabo xglamer cam pandora. Tp I lg suka yg ni.ikut taste masing2 la kot.jom2..I pun kena kumpul duit beli charm pulak.kosong je bracelet ni cm xbest jugak.hahaha...adoiiii..terjebak sudahhhh...

      Delete
  2. i suka tengok orang pakai bracelet mcm ni tapi tangan i tak sesuai sebab kecik sangat... boring kan?

    eh ni blog baru i...
    www.syimasyaz.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa...noted dah url baru tu. i pun macam nak tukar.da beli domain tp xreti nak export pastu terus malas.haha..

      u kurus sgt kot.mcm i tgn tembam kot tu yg sesuai.haha.. ;p

      Delete
  3. I pon lagi suka TS dari Pandora! Comel2 kan? Tapi I malas nak pakai gelang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I sejak Eusoff besar sikit ni baru boleh pakai gelang ngan jam balik..
      Tu pun gelang kena tgk senang sangkut x bila dukung dia.
      But so far mcm selesa je TS ni.. :)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts