I'm sorry Eusoff (And Mr H)...

Just nak story je..aku rasa guilty gila dengan Eusoff & Mr H..

Alkisahnya aku dah 3 hari lambat ni. Aku pun tak tau lah kenapa. Sejak bersalinkan Eusoff period aku tak berapa teratur sangat. Aku track guna apps kat handphone je. Normal cycle aku 27 days. Tapi ada jugak terlajak sampai 30 days. Paling lama 39 days tapi tu masa 4-5 bulan lepas bersalinkan Eusoff & Eusoff still fully bf so aku faham lah..

Ni aku rasa hormon tengah tak stabil. Semalam aku asyik rasa nak marah je.. Pagi nak mandikan Eusoff pun aku suruh Mr H buat. Pastu perut rasa tak selesa so macam malas nak buat apa2. Buat breakfast nasi goreng (nasi balance malam sebelumnya) je. Tghari & malam makan luar. Hahahaha.. Contoh yang sangat tak elok. ;p

Aku rasa semalam Mr H bersabau je dengan kerenah aku yang sikit2 nak marah. Padahal bukan buat apa pun. Keje rumah stended la. Eusoff menyepah pun aku rasa kategori normal lagi.. Tapi aku rasa cam bengang gila. Eusoff pun asyik la kena marah ngan aku semalam.

Tapi tu la.. hati anak ni suci gila kan? Ko marah la macam mana pun.. Kejap lagi dia tetap datang sambil senyum2 & hulur tangan nak hug. Aduhhhhh... rasa nak tampo je tengok muka anak sebab comel sangat. Ehhh?? hahahaha...

Tapi dalam marah2 tu.. bila kat rumah MIL elok je aku xde nak marah2 pun. Maybe sebab depan orang kot. Plastik sangatttttttttt.. Hehehe. Kitorg mmg tetap akan pegi rumah MIL on weekends sebab tinggal MIL & FIL je. Takut dorang bosan kan..

Maghrib tu rasa macam tak boleh belah dah. Lepas solat aku decide nak baca Yassin. Lepas tu baru rasa hati aku sejuk sikit. Aku rasa bukan setakat hormon lah. Maybe syaitan pun sama. Ke ade 'benda' ikut aku???

Selalu kalau aku solat memang Eusoff tak kacau, dia tengok je. Bila aku da abis baru dia duduk atas riba aku. Tapi semalam masa solat Eusoff tangok pastu dia keluar balik dari bilik. Pastu masa aku tengah baca Yassin, dia masuk balik bilik sebab nak main dengan aku. Selalu dia takde problem pun duduk atas riba aku sambil aku baca Yassin. Paling2 pun dia 'tolong' alihkan page surah Yassin tu je. Gaknya dia cakap aku lambat sangat tukar. Tak pun pelik apesal takde gambar2 buku ni?? Hehe..

Semalam dia masuk bilik tu, aku tengah baca Yassin so sambil baca aku pandang muka dia & senyum. Alih2 dia tengok muka aku pastu terus nangis then lari keluar bilik. Aku terkejut jugak. Tapi terus sambung je la.. Mcm cuak jugak aku nih. Tapi da abis baca Yassin, doa semua.. pastu aku baca ayat Kursi 7x. Dah abis tu aku panggil Eusoff, dia masuk bilik, tengok muka aku pastu nangis balik.. Kalau korang...pelik tak??

Last2 semalam kitorg tido kat hall depan TV. Aku tak cakap kat Mr H pasal Eusoff nangis tu. Mr H ingat Eusoff nangis sebab aku tak layan or aku marah kot. Aku cakap nak tido kat hall sebab nak tengok TV before tido je. Hahahaha.. Tapi lepas baca Yassin tu hati aku macam dah sejuk sikit. Takde nak marah2 lagi dah..

Pagi ni baru datang rasa bersalah. Hehehe.. Kesian Eusoff ásyik kena marah semalam. Padahal stended la perangai dia. Takdelah tantrum ke apa pun semalam. Conteng meja pun kena marah, tengking kaw2. Bila fikir2 balik macam tak logik aku nak marah Eusoff walaupun dia takde buat perangai. Semalam sebenarnya Eusoff ok je kot. Huhu... Sorry Eusoff...

So..macam pengajaran untuk diri aku sendiri. Lepas ni kalau asyik rasa nak marah je kena cepat2 baca Surah Yassin & Ayat Kursi.. cuma aku stil terfikir2 kenapa Eusoff nangis semalam. Bukan nagis sakit or tantrum. Pelik ok...

P/S : Tolong doakan Eusoff takde dikacau oleh 'benda' yang bukan2 ehh.. Serik aku masa Eusoff kena kacau dalam pantang dulu. Huhu... -_-"

Comments

  1. u nak alih bulan kot... hahaha

    biasalah tu emme, tu i panggil 'angin kus-kus'... memang sesekali angin tu akan datang. mungkin jugak setan yang garu2 hati kita suruh marah.... memang kena 'fight' dgn air wuduk pun kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?? I rs bkn hormon sgt pun..
      Maybe syaitan yg menghasut..
      Lepas baca yassin +ayat kursi baru sejuk. Solat pn xkhusyuk b4 tu.haihhh..kalah dgn hasutan I ni.huhu -_-'

      Delete

Post a Comment

Popular Posts