Reveal : Handbouquet

Baru balik dari fitting baju kahwin. Baju aku da siap jahit. Tapi beadings takde lagi... Baju Mr Fiance tak siap lagi. Tak tahu lah nak cuak ke tak...Design baju aku mmg ikut macam design yang aku hantar tu..Almost 80% sama dgn design aku. Sikit2 lari tu aku trime je lah.. Cuma part leher tu terbesar sikit. Pada aku (yang sempoi ni) ok je. Tapi Mr Fiance macam tak suka sikit. Huhu... ~

Reveal sikit lah. Kat bawah ni handbouquet. Tapi cuba teka kat mana letak HB ni masa wedding day aku nanti? Hehehehehe.....






Ayat-ayat emo di bawah ditujukan kepada seorang sahabat :

Aku mintak maaf kalau kau rasa aku cuba putuskan persahabatan kita. Bukan itu niat aku. Apa yang tak berlaku dulu mungkin ditakdirkan takkan pernah berlaku. Cuba lah fahamkan itu...

Aku hulurkan undangan seikhlas hati...apa lagi yg kau mau? Kau masih sahabatku. Mereka tak perlu tau apa yang pernah berlaku dulu. Perlukah kau jaja cerita bahawa aku yang mengkhianati kamu? Bukan kamu yang aku khianati dulu. Tapi dia. Dia yang setia menemani aku. Memang kau hadir dahulu. Tapi dia takdirku..

Maafkan aku. Jika kau sudi, hadirilah undanganku. Jika tidak, aku tak pernah memaksa. Maaf. Aku takkan pertaruhkan dia untuk kamu. Dia pilihan ku. Aku yakin itu...


Comments

Popular Posts