Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Kakitangan kerajaan...anda tahu apa itu SBPA?

Dalam pembentangan belanjawan 2012, Perdana Menteri mengemukakan satu anjakan baru kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) kearah menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi. Dalam belanjawan tersebut kerajaan akan merangka satu sistem baru yang menggantikan SSM iaitu SBPA. SBPA ini merupakan salah satu sistem kearah mentransformasi Perkhidmatan Awam supaya lebih berorientasikan prestasi. (Untuk mereka2 yg bekerja di bahagian kewangan atau HR SBPA ni telah pun di war-war kan semenjak 2010 lagi terutamanya dalam kursus2 berkaitan gaji dan perkhidmatan awam. Sebab masa aku pegi kursus tahun lepas da lame kecoh pasal SBPA ni)

SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja. Namun begitu kakitangan awam masih lagi mempunyai opsyen untuk memilih SSM atau SBPA.

Berikut merupakan petikan ucapan Bajet 2012 yang dibaca oleh Perdana Menteri kita:
Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

*maksudnya kalau korg pilih SBPA baru kenaikan gaji korg lebih tinggi dari korg amik SSM*

Korang faham ke apa yang dikatakan dengan Jadual Gaji Sebaris SBPA? Yg ni aku dapat dari article ni. Masih belum confirm sebab pekeliling belum keluar. Tapi cara pengiraan dia lebih kurang macam ni lah :

Contoh perkiraan Gaji sebaris PT17
gred 17,22,26 akan disepadukan
gaji minimun 17 = RM820.38
gaji maksimun 26 = RM3266.95

dalam SBPA mata gaji untuk gred 17,22,26 akan di buat dalam satu baris.
T1 = RM820.38
T2 = RM940.29
T3 = RM1060.20

Ini bererti kumpulan di atas akan mempunyai satu skim gaji yang lebih tinggi berbanding skim lama di mana mata gaji menjadi lebih banyak dan diberi dalam satu tempoh yang lebih lama.

Di bawah merupakan anggaran kasar kenaikan gaji yang akan diterima kakitangan awam yang memilih SBPA:

GRED 1-16 = RM80
GRED 17-26 =
RM120
GRED 27-40 =
RM160
GRED 41-48 =
RM220
GRED 52-54 =
RM260
GRED JUSA A,B,C =
RM320



*Ini cuma anggaran saje yea..apa2 pun kita tunggu Pekeliling Perkhidmatan Awam keluar nanti. Tapi kalau betul lah anggaran ni...Alhamdulillah. Rezeki. Banyak jugak kenaikan gaji ni. Rasa2 saya di gred yang mane? Hehehehe.... *

Comments

  1. so means kita dapt penyelarasan gaji ke x ehh?masa bajet ari tu x dgr sbb nikah masa tu..hehe

    ReplyDelete
  2. gaji diselaraskan masa kenaikan gaji...tapi apa2 pun kena tunggu pekeliling keluar br lah confirm.. :)

    ReplyDelete
  3. mesti gred 41 kan? hehe :) u akauntan mana ek...

    kalau betul naik, alhamdulillah sgt. org kata rezeki nak kawin. tunang pun org gomen. jd mmg kami doa sgt2 lah dpt kenaikan tu. :)

    ReplyDelete
  4. dkt majlis perbandaran..hehe.gdluck dear.mudah2an murah la rezeki kita nak kawin ni.ehe... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts