Emme's Nest : Sudut favourite & kotak kayu. Any idea..please??

Lama tak tepek gambar rumah kat sini kan? Actually tak letak sebab takde apa update sangat pun. Almaklum..mak bukan orang kaya. Tak mampu nak hias rumah gempak2. Malu nak tunjuk kat orang. Huhu.. For now, salah satu sudut paling feveret dalam rumah ni adalah sudut ni:

Shall I call this 'Activity Corner'?? Keadaan paling kemas sekali sebab 'tukang kemas' ada kat sebelah time ni. Hihi
 
Rupa sudut ni masa belum pindah :


Sudut ni kecik je. Kat hujung sebelah sliding door tu..
 
Rupa masa baru-baru pindah:

Hehe..masa ni serabut lagi. Hihi
 
Now:

Harap maaf. Gambar ni di ambik masa si kecik tu belum tido lagi. Maka.. inilah yang paling kemas sekali rupa dia. Hehehe..
 
Dalam kotak biru tu toys Eusoff. Aku kan pemalas so aku campak je semua toys besar2 dalam box tu. Meja tu pun sebenarnya tak beralas ye. Ini untuk raya je. Kang terkejut pulak orang yg datang beraya bila tengok hasil 'seni' anak aku atas meja tu. Hehehe.. Kerusi si kecik ni hilang pulak dalam gambar ni. Mana tah pegi masa ni..

Kat bookshelf ni 2 bottom row tu semua harta si Eusoff. Yg bawah sekali tu toys kecik-kecik aku campak dalam bekas tu. Yang 2nd row tu semua buku-buku dia. Top 3 row tu semua aku punya buku-buku, magazines, albums & sewaktu dengannya. Top row tu aku letak stationaries & gunting, pisau, gam, etc.. Kena cari idea bagi corner ni ceria & inviting lagi untuk Eusoff beraktiviti. Ada cadangan??
 
 
Oh ye.. yang paling penting..aku nak mintak pendapat korang..ada idea tak nak buat apa dengan box ni:


For now aku letak bola-bola & toys Eusoff (jugak) dalam ni. Tapi sayang la pulak. Sebab aku rasa kotak ni cantik. Tengah fikir nak buat something untuk hiasan. Tapi apa eh?? Kekurangan idea la pulak.. Laki aku nak bela ular dalam ni. Memang TAK la aku nak bagiiiii.. Lagi2 la aku nak beranak kecik ni. Haihhh...

Box ni tak boleh bela ikan sebab bawah tu lubang2 tau. Dia bukan macam aquarium yang tutup semua tu.. Kalau bela pokok, letak kat balkoni..macam sayang tak?? Sebelum laki aku bela ular ke, iguana ke...tolonglah bagi aku idea. Laki aku ni bukan betul sangat. Kang tau2 aku balik dah berisi je kotak ni. Kalau hiasan yang cantik2 takpe.. kot dia bela tarantula ke..mampus aku yang kena jaga. Hehehehe... Idea..please??

Thank you korang!!!! :)

Comments

  1. ok part bela ular tu gelimat betoi!..letak pokok pon cantik..tp bertutup la plak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..memang TAK la nak bela ular.hehehe..

      Tu la..letak pokok cantik jugak kan? Tutup tu takpe sebab dia boleh angkat. Lagipun tak tutup rapat pun boleh. Bawah pun ada lubang2 udara.. Setakat ni tu je la idea yg ada.. Tp macam syg nak letak kt balkoni. Hehe..

      Delete
  2. bela ular???ayoooo..baik letak je balls tu dalam tu dari letak ular kan...haih...box tu mmg cantik..letak magazine pun ok gak..jadikan meja sudut pun ok gak..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tu la.sebelum di bela ular baik buat something dgn kotak ni..

      Haaa...idea tu bgs jugak. letak magazines then buat jd meja sudut.cantik jugak tu!! tq 4 the idea!! :)

      Delete
  3. Biar benar nak bela ular???haha..takut dan geli!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila bersuamikan animal lover..semuanya mungkin.dpt plak anak yg xreti takut. hadoiii...mak yg ngeri!hehehe

      Delete
  4. haha..i ni lg scary kot la betul hubby nak bela binatang2 tersebut.hehehe..

    letak bola2 tu mmg dah ok.yg x ok nya si eusoff ni. i tkt dgn dia2 masuk dalam kotak tu nanti.bukan boleh percaya sangat budak sorang ni.hehe

    ReplyDelete
  5. Hahaha.idea xda.tp nk tergelak klu btul2 husben u bw bnda pelik2 utk pelihara.hmm.ok gak kot klu letak pokok2 dlm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hubby i mmg xle percaya okeyh..sbb tu i kena pantas bertindak.ahahahaha...

      Delete
  6. Cantik kotak tu! Kalau i, i buat succulent terrarium

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rilla.. I was thinking about something like that la..tp kalau terrarium selalu ltk indoor kan?
      Not bad jugak.. sbb i syg nak ltk kt balkoni. hehe..

      Delete
  7. http://ninathemummyntheboys.blogspot.com/2014/08/14-mrs-emmes-blog.html
    cik adik.....ce singgah blog kak nina - ade some photo for u!!!! hope u like it....

    ReplyDelete

Post a Comment