Tragedi MH17...

Takziah aku ucapkan untuk sanak saudara & kenalan rapat mangsa-mangsa yang berada di dalam penerbangan MH17. Al-fatihah to all muslims on board...

 
 
Ya Allah...tak dapat aku bayangkan perasaan sanak saudara & kawan-kawan bila dapat tahu berita ni. Sedih yang teramat! Apatahlagi tak lama lagi kita nak menyambut Syawal. Semoga mereka semua terus tabah menghadapi ujian ni.
 
Imej satelit selepas pesawat terhempas.

Memang berita ni mengejutkan. Sebab ruang udara antara Amsterdam & Kuala Lumpur bukan ruang udara kritikal atau tahap bahaya. Takde siapa yang sangka. Dan aku tak boleh bayangkan perasaan mangsa-mangsa sewaktu saat-saat terakhir mereka. Allahurabbi... sedangkan masa dalam flight to/from Amsterdam tu bila ada turbulance pun dah bergegar-gegar, terlompat-lompat aku atas seat tu sambil peluk Eusoff kuat-kuat, terkumat-kamit aku berzikir. Inikan pulak pesawat menjunam. Ya Allah..semoga roh sahabat-sahabat muslim di dalam penerbangan tu di cucuri rahmat..

Aku sebenarnya tak nak tengok list-list nama mereka yang terkorban. Sebab takut ada antara mereka yang aku kenal. Sorang sahabat aku yang dijangka pulang harini, rupa-rupanya akan naik penerbangan esok. Alhamdulillah.. tak dapat aku bayangkan kalau apa-apa terjadi pada dia. Sedangkan anak dia masih kecik. Baru setahun. Untuk kawan-kawan yang lain aku doakan kalian selamat.. Semoga kalian bukan salah sorang yang menaiki pesawat tu..




Tak perlu nak mulakan spekulasi. Siapa pun yang bertanggungjawab memang tak berperikemanusiaan. Tak kira atas alasan politik apa sekalipun. Belum lama tragedi MH370, tragedi MH17 pula melanda. Malaysia is being tested... What a tragic day & tragic year for us all. Let's stay strong & united. Semoga Allah melindungi kita semua dari kecelakaan dan kebinasaan..

Stay strong, Malaysia.. and let's give our support to families & friends of the victims. It's not only their loss. But ours, as a nation. MH17.. you will always be missed. :'(

Comments

  1. meremang aku tgk gambar2 ni. uhuhuh... semua orang terkesan... jgn ada cerita bodoh bakal keluar dah la.

    ReplyDelete
  2. innalillahiwainnailahirrajiun...meremang bulu roma bila dgr berita ni pg td,xsangka berita mcm ni diterima lg after 4 months berita mh370 was missing..semoga roh penumpang2 muslim ditempatkan dikalangan org2 beriman,amin..

    ReplyDelete

Post a Comment