Sampul Duit Raya DIY kerana terlebih rajin..

Inilah yang dikatakan... Takde keje carik keje. Hahahaahaha..

 
 
Lagi bape hari nak raya.. tetiba rasa nak buat sampul duit raya sendiri. Tahun ni aku tak dapat banyak sampul duit raya sebab aku malas nak mintak. Masa awal-awal aritu ade orang agih-agih aku malas nak rebut. So aku buat bodoh je. 3 hari lepas isi duit dalam sampul lepas tu baru perasan sampul kosong ade sikit je lagi yang tinggal.

Mula-mula rasa ok je. Tapi tetiba semalam datang lah rajin pulak. Hahaha.. Aku buat design yang simple je sebab malas. Nama pun last minit. Sempoi je design aku. Tahun depan kalau rajin kita tempah siap-siap ye Eusoff. Hehehe..


Terima kasih diucapkan kepada Encik Suami yang dengan rela hati tolong gunting walaupun buruk sikit. Takde seni betul cara guntingan tu. Tapi orang dah tolong kita terima je la kan.. Complaint lebih-lebih kang ada yang merajuk pulak. Hahahahaha... ;p


Senang je cara2 aku buat sampul DIY ni. Print banyak-banyak, gunting, tampal, siap. Hehehe.. Mula-mula nak print atas kertas warna-warna tapi bila tengok balik macam kertas putih ni dah cantik dah. Ahhhhh...lantaklah. Janji comel. Hehehe...


Siap!!! 35 keping sahaje sebab ai iz pemalas! Limited edition je ni. Hanya orang2 tertentu je yang dapat dalam sampul duit raya ni. Yang lain2 aku pakai sampul duit raya yang dapat free je.. Hehehehe...


P/S : Duit dah masuk dalam sampul dah. Tetiba tak sabo nak raya weyhhhh!!!! *winks* ;D

Comments

  1. Rajin dan kreatif.
    comelnya. hihihi

    Salam Aidilfitri. Maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya.. boleh bagi size tak nak wat sampul raya tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts