Kerja di Kedutaan Sweden??? Part 2

Cite sebelum ni sila baca Kerja di Kedutaan Sweden??? Part 1

Oleh kerana entry Aku nak berenti keje kat Embassy ni ada yg tanya lagi macammana aku boleh keje kat Embassy. Susah nak explain panjang lebar. Sila baca Part 1 ok?? Pastu ada yang tanya benefit2 yg Embassy bagi bila keje sini, macammana aku keje,etc... Sebenarnya ramai yg tanya. Even family & kawan2 aku sendiri. Ni aku sambung je lah ehh.. Aku kan pemalas nak cite balik.

Aku list je benefit2 yg aku ingat boleh?? Hehe..

1) Gaji - biasa je. Nak kata kecik, takdelah. Nak kata besar pun..takdelah sangat. Aku br 5years experience kan.. Besar mana lah gaji aku compared dgn yg 20thn experience. Hehe. Tapi among peers or compared to market, agak ok la..kot?

2) EPF? Dapat. Pencen? Dapat. Rujuk entry part 1.

3) Annual Leave 28 hari. Sick Leave (MC) 18 hari. Sick child leave (untuk anak bawah 10thn) 18 hari with 30% deduction. Macam Eusoff demam or warded aritu kalau aku cuti, dorg tolak 30% dari gaji haritu. Tapi bos aku bg pilihan nak tolak dari AL or Sick child leave. Ikut masing2.

4) Office hours Mon-Thurs 8.00am-4.30pm. Friday 8.00am-2.30pm. Tapi xstrict la. Aku almost hari2 sampai pukul 8.15.ngeh3... Office attire? Ikut suka. But meeting or event kena a bit formal la. Kalau event kena adjust dgn event tu. Kalau kena pakai dress, pakai la. Jumaat casual. Jeans & tshirt pun xde hal. Aku kdg2 Jumaat pakai selipar jamban je. Ngeh3.. See? Keje aku xglamour okeyh?

5) Maternity leave 6 months with 85% pay. Ye. ENAM BULAN. With option to add another 3 months unpaid leave. Monthly check-up plus 1 ultrasound cost ditanggung oleh Embassy. Childbirth/ Delivery cost akan ditanggung oleh Embassy kalau bersalin hospital gomen (yg ni kitorg tgh argue lagi sbb hospital gomen sini bkn mcm gomen kt Sweden. At least tanggung half cost bersalin kt hospital swasta tu kira ok la kan?).  Dah2. Jgn suruh aku beranak sekarang. Hahaha.. ;p

6) Increment every year confirm dapat 5%. On top of that ada added percentage based on performance evaluation. Performance 2013 aku dapat 12% (the highest antara semua staff. Vangga gitewwww...hihi). So total increment sepatutnya (5%+12%) =17%. BUT..every year akan ada Salary Adjustment jugak. Ape tu? Salary Adjustment tu dorg akan review samaada gaji kau sekarang sama level tak dgn experience, qualification, responsibility,etc.. Dan compare dengan other European countries. So this year sebab aku dapat offer from EU tu, dorg terus adjust gaji aku ikut apa EU offer plus another RM50 untuk counter-offer. So this month gaji aku naik 42% jadi setaraf dengan Accountant lain kat European countries yg ada 4 years experience (kira 4 years je sebab 1 year before tu aku keje as HR Exec). Tapi bukan tiap2 tahun aku dpt 40% increment. Jangan salah faham ye...Phewwww. Faham x explanation aku tu? -_-'

7) Recreation & physical exercise allowance. -+ RM100 per month (depends on budget every year). Allowance ni boleh digunakan untuk join (copy dr email bos) : Gym, Spinning Class, Weight training, Swimming, Track running, Raquet sports (badminton, tennis, squash,etc), Team sports (baseball, netball, ice hockey, soccer, etc), Bowling, Yoga, Tai Chi, Qu Gong, Budo sport, Exercise Dances (Jazz, Aerobic, etc). Activities not permitted to claim : Golf, sailing ,riding, rock climbing. Maka jgn berangan nak claim kalau pegi berkuda ye? Bajetlah aku reti naik kuda?? Hahahaha...


8) Drinks & Fruits. Sentiasa disediakan kat office. Sebab dorg kan promote healthy living. So fruits mmg sentiasa ada. And Sweden ada fikå tradition where staff gather every morning (10am - 10.30am) & evening (3pm-3.30pm) for cofee or just minum2 sambil makan2 sikit dan borak2. Sweden buat hari2 but kat sini kitorg buat 2 kali seminggu je.

9) Medical - Insurance untuk staff & anak bawah 18tahun. Working spouse xdapat. Kalau spouse xkeje baru dapat. Tu untuk hospital. Outpatient treatment pun sama. Staff & anak bawah 18thn. Unlimited amount. Kalau staff ada sakit yg xcover oleh insurance (mcm existing illness) Embassy akan cover tapi depends on budget.

10) Preventive health check-up - mammogram & pap-smear di tanggung setiap 2 tahun.

Dah lah. Penat aku nak ingat semua. Hahahahahaha... Lain kali lah aku share lagi. Hehehe..

Pada yg email aku tanya boleh tak apply keje kat EU. Boleh mmg boleh. Tapi kalau takde recommendation susah sikit. Sebab? Espionage. Lain2 soalan nanti2 aku jawab la ehhh... Ni benda2 yg best je aku bgtau dulu. Apa yang x best keje Embassy ni entry lain aku cite plak. Mana ada benda yg perfect dalam dunia ni..kan? :)

K lah.. Harini boss mintak balik awal setengah jam. Kul 2 japgi nak balik dahhhhhhhh... Sekian, bubbye!! :D

 Tetiba rasa rindu nak pegi Stockholm lagi!! We really fell in love with that place!! Stockholm, tunggu kami datang (lagi)!!!!!
Owhhh...comel & dobotnye engkau masa ni Eusoff oiiiii... :)
 
Elok je duduk atas stroller masa ni. Sekarang?? Harammmm..
 
Dalam SSC pun elok je...Sekarang?? Harammmmmm (jugakkk)....
 
Comel je Daddy bawak Eusoff masa ni. Hihi..
 
Us @ Esplanade Hotel, Stockholm
 
Airport paling best aku pernah pegi. Armsterdam punya airport pun tak best camni. Apesal best? Sebab sediakan stroller & bg parents with small child baaanyyyaaaakkk gila privillage (cut Q, special waiting place, etc). Even masa kitorg sampai tu ada problem with our luggage, so dorg bagi 3 complimentary bag dlm tu ada tshirt, berus sisi, ubat gigi, sikat, sabun, syampu, lotion, deodorant, cotton buds,  jarum+benang, stokin, penutup mata AND panty liner. Ko hado?? Pastu once beg sampai dorang hanter terus ke depan pintu bilik hotel. Literally depan pintu bilik, OK? Without any charges!! Mmg terbaik!! :)
 

Comments

  1. ok cmner nak apply?? hahaha
    allalala syok nya kerja kat situ.. dorang nak pakai designer tak? ihih

    ReplyDelete
  2. rezeki... part paling best gaji la.... haha

    ReplyDelete

Post a Comment