Nasib orang berniaga...

Aku sebenarnya dah lama jugak buat side business ni. Sejak 2010. Cuma aku buat on and off. Haha.. Bila rajin, buat. Bila tak rajin...senyap. Masa mengandungkan & bersalinkan Eusoff lah mmg aku totally off. Tak larat nak uruskan dengan perut boyot masa tu. Aku cuma buat pre-order Fisher-Price rocker je masa tu. Sekarang ni sejak aku dah pindah KL, dah keje sini.. Aku try active balik.

Sebenarnya aku buat part-time business Mizz Shopaholixx ni bukan sebab aku nak kejar untung semata2. (Nama pun business tentulah aku ada amik untung. Kalau takde amik untung tu amal jariah namanya...Hihi...). Tapi more kepada sebab aku seronok. FYI aku ni pemalu orgnya (Phui!! Kah3...). So dgn buat business ni aku belajar cara interaction dgn org.

Aku bukan macam orang2 lain yang buat bisnes besar2. Untung masyuk... Aku buat kecik2, setakat yang aku terdaya je. Modal pun kecik. Aku mintak izin dgn Mr H, dia agree. Tapi dia pesan bisnes ni part-time sahaja. Focus utama kenalah pada family. Dan niatkan buat bisnes ni untuk tolong orang.. Ye. Niat utk tolong orang dapatkan barang dengan harga murah. Setiap barang yang aku jual, aku akan fikir..berbaloi tak kalau AKU beli? Adakah harga yang aku letak ni mahal, murah atau sesuai kalau AKU yang beli? Kalau aku dapat harga yang mahal/tak berbaloi dari supplier, aku takkan jual.

Ni aku nak cite pengalaman aku sepanjang berniaga ni la kan..memang macam2 orang aku pernah jumpa...

- Aku pernah kena sound dengan penjual lain sebab aku jual barang dengan harga yang murah. Dia cakap aku akan rosakkan market sebab nanti customer tahu barang tu boleh jual lagi murah dari dorang jual dan dorg pun terpaksa turunkan harga.

- Customer kena curi tu perkara biasa. Aku cuba jual dengan harga yang semampu aku. Mungkin penjual lain berjaya dapatkan barang yang sama dengan harga yang lagi murah dari supplier lain. Mungkin bukan rezeki aku. Biasa la kannn...adat berniaga.

- Customer banyak cekadak. Yang ni kadang2 menguji kesabaran. Hihi.. Beli barang tapi cerewet ya ampunnnnn... Cara bungkus utk pos pun dia yang tentukan. Hihi

- Diskaun. Ya Allah.. ni satu lagi. Macam aku cakap.. aku jual barang semurah yang mungkin. Kadang2 1 barang tu aku dapat untung RM3 je! Ye... nampak tak berbaloi kan? Tapi aku tak kisah. Sebab niat aku nak tolong orang dapatkan barang murah. Kadang2 if customer beli barang banyak, aku bagi free postage. Free postage tu bukan maknanya poslaju or courier tu pun bagi aku free. Tak ye. Free postage tu maknanya duit pos aku tolak dari untung yang aku dapat.. Yang buat aku sedih, byk kali la kannnn... Aku rasa aku jual dah murah dah. Ada yang nak beli 1 or 2 barang je. Pastu mintak free postage. Dah dapat free postage, nak diskaun lagi.. Ada yang tawar harga sampai jadi negatif. Macam aku pulak kena topup duit utk dia dapat barang tu. Bila aku cakap elok2 tak boleh..complaint. Kenapa seller lain boleh dapat harga tu.. Hmm.kalau seller lain jual lagi murah dari aku, sila lah pegi beli kat dia. Aku ok je..

- Backout buyer. Ni perkara biasa la kan.. adat berniaga. Aku dah lali dah ni. Huhu...

- Backout buyer tapi pastu muncul balik. Hihi... Yang ni masalah. Ada yang tanya, order macam2. Pastu senyapppppppp...so aku assume dia tak jadi beli la kan. Tup2 tetiba muncul balik nak beli brg2 tu. Kalau still available lagi takpelah. Kalau dah sold out?? Pastu sound aku apesal tak simpan sebab dia dah order awal2... Errrr.. Cik kak. Sape bayar dulu dia punya ok??

- Ugutan. Ada jadi kat aku beberapa kali. Biasanya customer yang nak beli barang dlm kuantiti yang banyak la.. Banyak bg dorg tu biasanya lebih dari 2 unit la tu. Hehehe.. Ugut "kalau tak bagi sekian, sekian harga...saya tanak beli. Saya nak beli banyak niiii..." . Dgn aku senang je, kalau aku mmg takleh bagi harga tu, takpelah. Sila lah cari seller lain yang boleh bagi harga tu. Bukan rezeki aku la tu. Tapi customer2 camni selalunya bila dah try tempat2 lain, tak dapat harga yang lagi murah..mesti datang balik kat aku.

- Installment.. Kalau beli barang yang nilai besar, ada yang tak mampu nak bayar sekaligus. Yang ni aku faham. Bukan semua org mampu tapi tetap nak bg yang terbaik utk anak. Aku pun camtu. Hihi... Aku boleh terima kalau ada yang nak bayar installment. Aku ni boleh bawak berbincang.  Kalau installment, lepas barang tu habis bayar baru aku hantar tapi yang aku tak faham tu..ada yang nak bayar installment, tapi lepas 1st payment terus nak barang tu dulu. Errr.. sorry. Kalau dah dapat barang pastu korang tak bayar2 aku nak cari korang kat mana?

- Stok habis / sold out. Yang ni aku akui mmg kelemahan aku.. Banyak kali customer complaint nak beli barang tapi design/saiz yang dorg nak tu takde. Aku bisnes kecik2, stok pun xbanyak sebab modal aku kecik. Aku mmg tak boleh nak simpan stok banyak2. Kadang2 1 design/size aku amik 1 unit je. Kalau ada yang dah beli design/size tu,mmg dah takde lagi especially kalau design yang hot.. Jadi yang ni kadang2 mmg aku rasa bersalah kat customer..

Aku tau ramai bloggers yang buat bisness jugak.. sape2 ade tips/nasihat/experience meh la share dengan aku.. Banyak aku nak kena belajar ni... :)

Sape2 yang free meh la singgah page Mizz Shopaholixx. Ada banyak barang2 baru macam contohnya :


 



 








https://www.facebook.com/media/set/?set=a.578522448869925.1073741878.125303944191780&type=3
 

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.589120977810072.1073741886.125303944191780&type=3
 

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.598975753491261.1073741889.125303944191780&type=3

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.568751476513689.1073741864.125303944191780&type=3

Comments

  1. setakat ni belom pernah kena mcm tu..sbb yana buat produk sendiri..so org tak bole pertikaikan harga..kakakakak..
    Keep on business..sbanrnya kl amik untung lebih skit takpe..nak beli..taknak cari seller lain..yg penting jgn cekik darah..kdg2 kena tegas dgn customer..dgn cara professional la bukan marah dia..haha

    ReplyDelete
  2. good luck...
    i pun pernah business baju baby. postage free, pastu supplier i aka kawan i balik mesia maka business pn off.. jadi nya i buat amal jariah jual je baju-baju tu dengan harga modal.
    takpe la...

    ReplyDelete
  3. Takpe. Pengalaman tak dpt dijual beli. We gain a lot even we lose some. Itulah adat berniaga. Ada ups and down :)

    ReplyDelete

Post a Comment