Guilty as charged! *Entri byk gambar Eusoff jek!*

Aku tak sihat dari Ahad aritu. Jangkit Eusoff gamaknya... Dia tak sihat sehari je. Aku yang menjangkit ni tak sihat berhari2. Adehhhh....nampaknya immunition anak aku lg hebat dari aku. Huhuhu...

Sabtu lepas aku plan nak lepak dgn member ex-tcsjb aku kat KLFC. Sementara nak tunggu dia sampai bawaklah si tecik tu main2 kejap. Kejap je...tak lama pun. Dalam 30-40mnt. Tapi tu pun aku dah berpeluh2 sampai demam2. Hahahahaha...



Kereta adalah feveret die

Aku rasa budak ni selalu perhatikan bapak dia drive la..

See?? Bajet macam terer bawak kete. Hehe..

Orang menghadap depan ko menghadap belakang. Apakah semua ini Eusoff??

Bajet mcm hebat. Padahal tau jalan kebelakang je. Ke depan xreti. Hahahahahaha...

Muka confuse.. "Apesal banyak sgt ball kat sini??"

Ini bola aku yg punya!!! Muahahahaha....

Muka tensi sebab nak naik car tapi car ade orang lain naik.

Ape kuda2 ni?? Eusoff bukan equestrian la Mummy!!

Hensem gila driver tractor ni!! Muahahaha... *perasan*

 Cubaan untuk turun sendiri

"Hmmm...ladang ni boleh diusahakan lagi untuk mendapatkan hasil yg maksimum..."


Jangan salah faham ye... Anak aku tu berjalan pun tak lagi. Menapak pun 3-4tapak je. Tapi kalau bab mainnnnnn memang HIDUP!! Ko tgk gambar2 tu semua muka innocent je kan?? Ko bayangkan dia mengganas dengan muka camtu. Haihhhhh....

Kat rumah MIL pun dia dah pandai buli cousin2 dia yg lain. Cousin2 dala semua lagi tua dari dia. Sambil terrorize cousin2 dia, sambil buat muka innocent camtu. Bila aku tinggi suara sikit, nangis beria2 macam kena rotan. Bercucuran airmata. Drama sangat!!!

Anak aku ni manja sangat ok? Takleh dgr org tinggi suara. Walaupun bukan marah dia. Nanti tetiba je nangis mengongoi2... Dulu aku bersin pun dia nangis. Bajet aku marah dia. Apakah?? Jadi aku takleh bersin?? Hahahahaha...

Kdg2 aku & Mr H saje je cakap tinggi2 suara sambil buat2 marah each other depan dia. Pastu confirm dia nangis mengongoi2 sambil menyondol2 kitorg suruh peluk,cium dia. Hahaha... Drama King! Tapi bagus jugak ehhh... Maknanya dia xsuka makbapak berkonflik. Hahahaha...

OK. berbalik kepada tajuk entri (eh?baru nak sampai tajuk? Hahahaha....). Semalam aku bg Eusoff main tab, pasang nursery rhymes, pocoyo, etc.. pastu aku baring je. Tak larat nak layan dia. Aku dala demam. Si tecik ni active plak tu. Mmg aku tak larat.. Mr H ada hal plak semalam.

Selalu kalau psg pocoyo ke nursery rhymes ke..aku or Mr H akan monitor, nyanyi sama2... Or psg Alphabet sambil sebut satu2 huruf. Tp semalam aku psg then biar je dia main tab sorg2. Lama plak tu. Sampai lah dia menyondol2 nak nenen, nak tido...

Rasa guilty plak... Aku mmg kalau boleh tanak biasakan dia main gadget2 ni. Sebab tanak jd macam anak sedara aku. Dari kecik dah dibiasakan, sampai dah sekolah jd lg teruk. Gadget2 ni da jadi macam dadah dia. Kalau dapat takyah makan, minum, mandi pun takpe.

Haihhhhh....mmg aku rasa guilty pun. Sbb smlm playtime dia jadi masa main tab je. Tak patut sungguh kan? Huhu... Insyaallah Mummy berubah nanti ye Eusoff? ;)

Comments

  1. eusoff bila nk jumpa?! aunty geram sgt ngan awak/.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mehla dtg bestday party eusoff aunty rara.bwk princess tau! :)

      Delete
  2. Salam dear, Eusoff masih Breastfeeding kan? Try join contest kat page "Breastfeeding Is Sunnah" :)

    Healthy Breastfed Baby Contest / Pertandingan Bayi Susu Ibu!

    ~ Gambar LIKE yang terbanyak (9 Pemenang) akan memenangi HADIAH2 daripada Penaja Breastfeeding Is Sunnah. Juga terdapat Hadiah2 untuk Pemenang Misteri (10 Pemenang).
    ~ Pertandingan Berakhir 30 November 2013. Hantarkan Penyertaan Anda sekarang!
    ~ Klik untuk maklumat lanjut :)

    https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1446641938896566.1073741837.1433956050165155&type=1

    ReplyDelete
  3. tq dear...aah still breastfeed.
    insyaallah la masuk.tq sbb bg link..mummy dia ni jarang masukkan dia kat contest2 ni.hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment