My Journey with Eusoff : Bentan, bengkak susu & meroyan Part 2

*Sila baca My Journey with Eusoff : Bentan, bengkak susu & meroyan Part 1 kalau nak tau cite sebelum ni..hehehehe.... tq... *

Malam pertama aku kena bentan plus bengkak susu tu, actually MIL aku pun tak sangka. Sebab aku elok je sebelum2 tu. Siap boleh turun,naik tangga dah. Almaklum..aku kena jahit 2jarum je. Cepatla baik. Bila rasa diri dah sihat, memang laju je kehulu kehilir. Tapi setiap kali aku laju je bergerak, mesti MIL aku tegur. Pastu aku pun try la jalan kepit2 balik. Tapi kadang2 bila takde sape perasan, aku mmg main terjah je.. Hahaha..

Aku rasa Eusoff masa ni sama je dgn semua baby lain kot. Asyik nak menyusu, melekat, bergantung, berpeluk je dengan aku. Dala bila susu badan, dia mmg cepat lapar. Lepas tu sepanjang dalam pantang Eusoff ni keje nak berak je. Asal tukar diaper, tak sampai setengah jam, cek, dia berak lagi...Jadi aku rasa life aku masa tu constantly menyusukan Eusoff & tukar diaper dia tak berenti2. Dengan tak boleh kuar rumah, terkurung, tak jumpa sape2.. lepas tu kat rumah MIL ada anak2 sedara Mr H yg MIL jaga lagi.. aku memang serius rasa penat sgt2. Dengan tak cukup tidur, pening, stress.. Tapi aku cuba sabar lagi...

Malam first tu..lepas aku pam susu, sebelah breast dapat 9oz, sebelah lagi dpt 7oz. Bayangkan aku boleh dpt 16oz sekali pam? Mmg bengkak gila2 ok? Dah pam tu, aku tuam2 dengan ice pack pulak. Sambil pam tu airmata aku menitik2 jugak sebab sakit. Eusoff plak memang menangis je tak berenti2. Aku rasa badan aku lemah sgt2 pastu urat seluruh badan aku memang tegang,sakit,cramp. Aku rasa sejuk gila2,mengigil tak berenti.. Aku susukan Eusoff lagi lepas tu aku tertidur..

Aku rasa dalam pukul 3.30 ke 4.00pg kot.. demam aku naik gila2 sampai aku cam meracau2/mengigau sikit. Masa ni aku tersedar je Mr H tgh urut kaki,bdn aku..sapukan minyak panas. Aku mmg dah tak larat nak cakap apa2 pun. Airmata je menitik.. Pastu aku boleh dgr Eusoff menangis lagi. Aku amik & susukan dia lagi sampai dia tertidur. Aku mmg takleh nak gerak dah. Gerak sikit pun rasa sakit gila2. Sendi2 aku semua macam sakit ya amat!!

Aku baru nak terlelap tiba2 Eusoff nangis lagi. Aku bgn dgn susah payah,try susukan dia lagi. Dia menyusu sikit,lepas tu dia nangis lagi. Dah tukar diaper,tukar baju,bedung, tapi dia tetap menangis tak berenti2. Masa ni MIL & FIL aku dah turun. Aku mmg tidur kt ruang tamu masa dalam pantang tu so dorg sume lepak kt sofa sambil bergilir2 dukung Eusoff. Si Eusoff pun aku tak tau apesal mmg menangis tak berhenti2. Kejap2 aku susukan, kejap2 susukan.. Dengan badan yg sakit gila2, bengkak susu lagi... Perggghhhh... memang airmata aku mengalir je sepanjang malam tu. Huhu...

Rasa macam...apesal kau tanak berhenti nangis ni Eusoff?? Kau tau tak aku sakit?? Aku tak larat dah nak jaga kau! Apa lagi yang kau nak??!Serius aku rasa macam tu...Sampai lah azan Subuh. Memang betul2 azan Subuh je, Eusoff pun berhenti nangis pastu tertidur kepenatan. Aku? Jangan cakap lah. Masa tu rasa nak mati pun ada! Lepas azan Subuh tu, mengigil aku da kurang, suhu badan aku pun turun sikit..

Siang tu aku macam dah sihat sikit. Eusoff pun kurang meragam la.. Aku pun cam happy2 sebab rasa cam dah baik kot... MIL aku kol bidan yg mengurut aku tu. Dia cakap maybe aku bentan sebab langgar pantang. Pantang mana yang aku langgar?? Entah. Banyak. Mak2 moden lah katakannnn... Hahaha.. Kira ok la aku tak keluar pegi shopping pakai seluar jeans. Kah3.. Aku mmg pakai kain batik ngan stokin, param,pilis,bengkung,lengkap sepanjang pantang ok?? Tabah tak aku? Hehehehe...

Aku ingat aku dah baik. Sebab demam pun dah kebah. Jadi aku pun teruskan je la macam biasa... Walaupun badan still sakit, urat2 still tegang2 tapi aku rasa aku dah sihat..TAPI RUPA2NYA.... Hari kedua tu, masuk waktu petang je tiba2 aku rasa sejuk balik. Aku dah start rasa tak sedap hati..

Masuk je azan Maghrib, aku mengigil balik. Sejuk sangat2. Urat2 pun sakit balik,cramp balik.. Eusoff pun mula menangis balik. Dah susukan, tukar diaper, bedung, tepuk2, burp kan..dia still menangis. Perut tak kembung,takde apa sakit pun.. Pastu malam kedua ni aku rasa perut aku macam tak sedap. Macam keras + sakit sikit. Ingat tak rasa contraction nak bersalin tu? Camtu lah rasa dia.. Macam awal2 contraction..

Mr H dah cuak2..suhu aku pun dah naik sampai dekat 40C. Mr H tungkukan satu badan aku, sapu minyak panas, urut..sambil MIL aku jaga Eusoff yang menangis tak berenti2. Mr H suap aku makan malam. Aku makan lah jugak. Paksa diri sebab takut badan lembik nanti.. Tapi tak lama lepas aku makan tu.. Tak sampai setengah jam, tiba2 aku muntah. Keluar balik apa yang aku makan tu.. Breast pun mula bengkak balik.. Pastu migrain aku pun mula nak datang sebab asyik tak cukup tidur..

Boleh bayang tak keadaan aku masa tu? Demam, penat, sakit kepala, migrain, sakit badan, sakit urat, sakit sendi, bengkak susu, perut sakit, muntah2, anak menangis tak berhenti... Aku pun tak tau camne dah rupa aku masa tu. Macam hantu dah agaknya. Hahahaha...

-Aku nak cite pasal malam kedua ni tapi macam panjang sangat pulak. Sambung next entry boleh?? Hahahaha... Jgn marah ehhhhhhhh.... -



Comments

  1. ehhh x sabaa dah ni..cepat la sambung..ekceli mase pantang dulu ade gak rase cmni..tp sbb ngan mak sndri kan..byk la yg mak dpt tlg..kalo ngan mak mertua tataw la cane..huhu

    ReplyDelete
  2. I pn kena rengat tu!!seyes sakit!!
    Tp nnt next entry I cite sbb pnjg sgt kisahnya.haha
    mcm2 jd dlm 3 mlm smpai I mmg trauma tu
    huhu

    ReplyDelete
  3. i dh baca both part. wow. dahsyat jugak experience u ni.. i xpenah exprience bengkak susu :(
    sll baca experience org yg bengkak susu and demam etc. bkn bangga xpenah kene tp mcm erm..susu dia byk smpai bengkak2 ha. aku susu pn keluar mcm ade x de je dlu. hehe.. dh xigt dh huhu. i rs i paham prasaan ank nangis dgn sakit nye,rs mcm diamlaaaa jangan nangis.bengang tau takkk.hahaha. bile igt balik i wish i sabar masa tu tp yeah 1st time mom kan,mana la nk expect semua tu. nx baby myb kite semua lebih baik dr yg sblm nye :)

    ReplyDelete
  4. cerita u ni sipi2 mcm i.. malam je seram sejuk.. pastu sampai muntah2, dengan aisya tanak lgsg tido smp i muntah2... memang rasa ya allahhh kenapa life aku jadi mcm ni?? masa tu mcm2 rasa... siap rasa menyesalll lagi...astagfirullah....
    tapi dah setahun dah... fobia tu ada lagi

    ReplyDelete
  5. Weh seksa nye u dalam pantang. I ingat i dh paling hebat ujian sebab anak pantang letak menangis sambil nak jaga luka czer rupanya ujian u lg hebat. Minta dijawohkan for the next baby(ies)

    ReplyDelete

Post a Comment