Persiapan raya yang tak siap-siap...

Orang ramai dah sibuk upload persiapan raya masing-masing. Aku bukan takde persiapan..tapi yang siap cuma untuk budak busyuk sorang tu je.. Boleh?? Hahaha..

Tahukah korang aku masih takde baju nak dipakai pada pagi raya? Sadis tak?? Actually ada. Aku beli kurung peplum... Tapi..masa pegi beli tu Eusoff takde. Maka...aku terlupa yang aku sebenarnya tak boleh pakai baju yg ngam2 kat badan. Dah tu camane aku nak menyelak bila Eusoff merengek nak susu?? Cecite sket.. Dah beli, tgh try2 kat rumah baru aku teringat perkara tersebut. GREAT! Maka.. mari lah cari lagi sehelai baju mengikut warna tema untuk di pakai di pagi raya. Muahahaha..

Persiapan untuk Eusoff...banyak gila! Almaklumlah mak mmg seksaited first time nak beraya dengan anak. Hahahaha... Baju melayu aku beli sepasang je. Tu pun kain cotton sebab aku leh bayangkan melekitnya Eusoff di pagi raya. Hahaha..

Baju2 biasa mmg bbbaaaaannnyyyyaaaaakkkkkkk gila! Masa pegi Stockholm aritu aku ada borong dah. Then da balik Mesia aku memborong lagi. Pegi Kenanga Wholesale City 2x, 2x jugaklah aku memborong lagi. Then adik ipar aku balik holiday kat London & Paris pun ada belikan baju kemeja ala2 samseng kampung dusun utk Eusoff. Perrgghhhh.... Hensem! Kah3...

Kasut Eusoff ada 2 pasang je. 1 dah lama beli tapi tak pakai2 lagi. Lagi 1 Pak Lang dia bagi sebelum pegi Stockholm. Aku mencari kasut Nike yang sama macam kasut aku & hubby tapi tak jumpa2 lagi. Kalau ada sesape terjumpa kasut baby yang serupa macam kasut kitorang dalam gambar ni sila bagitau aku eh.. Huhu..


Persiapan raya lakiku lagilah sadis... Baju melayu dia taknak tempah since masa kawin aritu ada lg 1 baju melayu yang baru pakai 2-3x. So dia nak pakai baju melayu tu je. Warna lari sikit dari tema tapi belasah je lah. Hehe.. Kasut untuk dia takde sebab masa kat Stockholm aku telah merembat sepasang boot yang sangat cool dan aku dah pakai kt sana. Tapi bila balik Mesia boot tu jadi boot dia pulak. How cool is that? Kongsi kasut ok? Romantik kan?? Nasiblah kaki dia besar 1 saiz je dari aku. High heels aku agak2 dia muat tak eh? Hahahahaha... ;p

Soo...itulah persiapan raya aku yang entah apa2. Takde mood sangat nak beraya kalau bukan sebab Eusoff. Sebab tahun ni... Aku beraya kat KL weyhhhhh.... Huaaaaaaaaa.... Fefeling nak nyanyi lagu Dendang Perantau tahun ni. Kah3...

Aku beraya kat KL. Hubby aku cakap maybe Raya kedua or ketiga (Raya kedua. Aku akan pastikan!) baru balik JB or Mersing (kampung arwah mak aku). Then 18 or 19hb baru aku balik KL semula. Tu diaaaaaa... Mentang2 Raya pertama kat KL, aku bantai dekat 10hari balik JB.. melampau tak? Ngeh3....

Tu la dia persiapan raya aku. Sempoi tak? Hehe... Weekend ni harus membantu mak mertua aku buat kuih raya dan jugak kek.. Erkk?? Camne nak gi shopping raya (lagi) camni? Hahahaha...

P/S : Electronic Backseat Driver dah sold out ye... Restock tak tau bila. Tunggu aku bercuti raya lah dulu. Pastu kite tgk balik camne ok? Tak janji. Takut supplier pun takde stock. Untuk Apple Learning Quran memang tinggal last unit WARNA KUNING sahaja. Ade 3-4orang cakap nak tapi sampai sekarang takde respond2 lagi confirmkan camane. Arini last postage ye... Yang confirm nak kalau bayar before pukul 2ptg aku boleh pos sekali arini. Kalau nak COD pun sila confirmkan jugak. Apple ni pun aku tak tau bila restock. Aku nak bercuti dulu. Hehehe...

Comments

Popular Posts