Soalan-soalan yang selalu aku dapat.

Aku tak tau camne nak mulakan entry ni..
 
Aku ni bukanlah perfect parent. Aku ada anak. Umur baru 8 bulan. Jadi aku adalah sangat tak layak untuk memberi nasihat kepada parents lain. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab banyak kali. Banyak kali orang mintak nasihat aku dari segi penjagaan anak.
 
"Apa supplement kau amik untuk susukan Eusoff? Apesal badan dia tembam eh?"
 
"Apesal anak aku kurus eh?Orang lain breastfeed anak sume tembam2..Ko ade petua tak?"
 
"Eh..anak kau elok je perangai depan orang. Anak aku depan orang degil na'uzubillah!Ko ajar dia camne?"
 
"Kau berani bawak anak kau travel jauh2? Belas-belas jam dalam flight?? Aku nak bawak anak balik kampung dalam kereta 3jam pun risau dia mengamuk.."
 
"Selera aku tengok Eusoff makan. Kalau anak aku dapat 2 sudu dah untung. Susu je dia nak. Makan kurang. Kau bagi makan apa eh?"
 
"Kau still breastfeed?? Aku dah takde susu dah. Aku bagi FM je.. Hebat gila kau. Kau makan (supplement) apa?? S****** eh??"
 
Meh aku jawabkan dulu:
 
  1. Aku takde makan supplement apa2 utk badan Eusoff. Aku cuma banyak minum air. Banyak. Sampai kalau pegi makan kat luar laki aku dah tau kena order 2 air untuk aku. Tu belum bekal air mineral/botol lagi dalam beg. Itu untuk keep up dengan demand Eusoff. Kalau aku tak minum air, camane badan aku nak produce susu..kan? Eusoff kuat minum susu. Jadi badan dia tembam. Keh3...
  2. Petua takde. Pemuda ada. Laki aku. Nak??Kah3... Aku takde petua. Aku ni jenis harungkan aje. Selalu aku fikir ikut logik. Makan makanan berkhasiat sure lah susu pun berkhasiat..ye tak? Kenapa anak aku tembam dan anak kau kurus? Sebab mak Eusoff gemuk dan mak anak kau kurus. Faham? Genetik. Tahu? Sila jangan buat aku rasa nak pegi gym sekarang. Hehe.. Eusoff tembam sebab aku adalah tembam masa kecik dulu. Asalkan anak kau sihat, membesar dgn normal, perkembangan dia ok..apa kau nak kisah??
  3. Pertama sekali nak ajar anak,kau kena ajar diri sendiri dulu. Ajar diri yang anak kau tu takde dosa,suci,bersih. Jangan pernah cakap anak "lembab,degil,malas,etc.." Sebab kau tu mak. Setiap kata2 mak adalah doa. Doa mak tu senang makbul. Bila kau cakap dengan orang anak kau degil na'uzubillah maka degil na'uzubillah lah dia. Setiap apa yang anak kau buat tu salah satu proses pembelajaran untuk dia. Tinggal kau yang ajar apa yang baik,apa yang buruk untuk dia. Faham?
  4. Yakin. Tu je nasihat aku. Yakin yang anak kau takkan buat perangai. Yakin dengan Allah & yakin pada anak kau. Menangis tu normal. Kau gila duk flight 13 jam, transit 6-7jam then naik flight lagi 2jam...takkan takde anak menangis? Confirm lah ada. Tapi kau kena pandai faham anak kau. Kenapa dia menangis? Lapar? Bagi susu/makan. Diaper basah? Tukar. Bosan? Ajak main. Penat? Bagi rehat. Takut? Tenangkan dia...Kau yg kena korban keselesaan kau,masa kau,attention kau. Tak kira kau penat macammana pun, kau kena SABAR. Kau penat? Anak kau pun penat. Tapi beza kau dengan anak kau adalah kau mak. Dia anak. Kalau kau pandai pujuk anak kau,insyaallah dia dengar. Tak kira lah kecik mana pun anak kau.
  5. Aku bagi makan benda yang sama orang lain bagi anak makan. Bubur. Anak aku suka makan. Anak kau tak suka. Jangan tanya kenapa anak kita berbeza. Macam aku suka makan sushi tapi kau rasa nak termuntah tgk seaweed. Sama la dengan budak2. Sama macam aku suka makan sebab tu aku gemuk tapi kau jenis makan sikit sebab tu kau kurus. Apesal kau tak suka makan banyak biar gemuk macam aku?
  6. Ye. Aku masih breastfeed. Tak. Aku tak hebat langsung. Takde. Aku takde amik apa2 supplement. Aku cuma kerap directfeed bila dengan Eusoff & pam bila kat ofis utk kekalkan demand. Bila ada demand barulah ada supply. Tapi aku pun macam orang lain. Ada naik turun. Ingat breast aku ni mesin ke boleh produce amaount yg sama hari2??
Aku tak malu nak mengaku..mmg aku penyokong breastfeeding. Tapi aku sendiri ada topup FM untuk Eusoff. Aku faham setiap ibu ada masalah masing2. Macam aku...aku mmg pam hari2. Tinggalkan EBM untuk Eusoff bila aku pegi keje. Tapi Eusoff ada masanya reject EBM. Ikut mood dia. Maka EBM tu terbiar je. Abis tu takkan aku nak biar anak aku kebulur kan? Jadi bila aku keje kadang terpaksa jugak bagi FM sekali sehari. Tapi bila aku ada mmg Eusoff directfeed je..
 
Ada kawan2 aku yg terpaksa bg FM dengan pelbagai sebab. Ada yg anak nipple confuse, ada yang mmg lepas sebulan dua susu kering, ada yang anak reject susu ibu, ada yang susu kering sebab preggy,etc.. Dorang dah berusaha.. Tapi Allah dah tetapkan rezeki anak tu sampai situ. Lainlah kalau dorg takde usaha langsung. Usaha dah buat tapi mmg Allah dah tetapkan rezeki. Siapa kita untuk sangkal kan? Abis tu takkan nak bagi anak kebulur? Jalan lain,bagi FM. Kurang khasiat dari BM tapi anak masih membesar dgn sihat..kan?
 
Kadang2 aku kesian dgn kwn2 yg terpaksa bg anak masing2 FM. Kadang2 dorg rasa terpinggir.. Aku faham. Ade 3-4org kwn aku mengadu, PM aku kt FB tanya camne cara nak bagi jugak BM kat anak walaupun tgh preggy. Ada yg mengadu sedih,down sgt2 sbb terpaksa bg anak FM. Ada yg kck hati dgn org2 tertentu sbb dia dah berusaha mcm2 dan last2 terpaksa bg FM tapi ada yg perkecilkan dorg,salahkan dorg tak berusaha,etc...
 
Cuba korg ada kt tempat mak2 ni. Apa perasaan korang? Eh...malaslah aku nak membebel lagi. Sebab pendirian aku masih sama macam sebelum aku ada anak dulu. Bacalah balik entry "Extreme Parents" ni. Ini pendapat aku. Pendapat sebelum aku lahirkan Eusoff. Dan masih sama sampai sekarang. Tapi aku bukan pakar ke apa. Aku cuma seorang ibu. Yang cuba mencari yang terbaik untuk anak2nya.
 
Peace. And Out!! v(^_^)v 


Comments

  1. iols pun x extreme..
    iols x bf mikhail lg...
    jnji... iols jadik mama yg baik dan akn buat yg terbaik utk mikhail..
    sama2 kita usaha! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2!
      manade mak bapak tanak yg terbaik utk anak dia kan?
      :)

      Delete
  2. wlpn i still fully bf anak until now tp xde la nk kondem2 yg bg FM. Rezeki masing2 kan?

    ReplyDelete
  3. Ank sy kecik kurus tapi saya gemok. Acaner. Zat mkanan mak yh serap smua kot..hihi. xpe la.. asal ank sihat. Kn th pnca bahgia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saye debab sama macam maknye..jadi berapa banyak zat yg di consume oleh maknye sbnrnye??hahahaha..
      Betul tu...asalkan anak sihat,bersyukurlah..takyah persoal kenapa anak kurus ke debab..kan? :)

      Delete
  4. I niat mmg nak bg BM jer unt anak, tapi disebabkan keadaan anak dan keadaan I yg kurang ilmu, tambah org sekeliling yg kurang support BM, I dah introduce dia FM. kadang2 rasa down, tapi yg I tau, I dah buat yg terbaik unt anak. Selagi termampu I akan make sure dia membesar dgn BM.hihii..skrg dah ada ilmu skit2, dah xpeduli ape org lain ckp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe dear...yg penting niat kita. Allah tahu semua tu..
      i pun dikelilingi org2 yg xsupport BM.
      tapi masih mencuba gagahkan diri selagi Allah bg rezeki tu..
      sama2 kita usaha ye? :)

      Delete
  5. hehe...tq..
    ini cuma pendapat seorg mak..yg nak yg terbaik utk anak dia.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts