Hangin je aku nih...

Aku ni kan ada habit..aku suka tolong orang. Tapi bila benda yang aku tolong tu last2 menyusahkan aku balik.. Aku meroyan. Like.. please la.. Aku dah tolong kau,boleh tak jangan buat benda yang aku tolong tu menyusahkan aku balik?

Macam tolong pinjam nama. Kalau untuk loan mmg sori la kan. Tak pasal2 kau tak bayar, aku menanggung hutang kau sampai mati. Please ehhh...

Yg aku maksudkan ni pinjam nama utk benda kecik2 ni. Macam kakak aku. Dulu aku guna Broadband Celcom. Lepas tu bila laki aku dah sponsor P1 aku plan nak terminate lah line broadband aku tu. Tapi kakak aku mintak boleh x bg dia pakai. Dia byr bulan2,just sambung guna nama aku je sebab dia tak reti nak apply2 broadband segala ni. Memikirkan kakak aku tu ok,abg ipar aku pun amanah orangnyee.. (Ecehhh..). Aku agree. Until now tak pernah aku ada problem.

Tapi adalah sorang ni lagi kan...kereta yg dia gunakan adalah atas nama aku. Bulan lepas aku balik JB, aku tengok ada warning letter dari bank pasal 2bulan tak bayar ke lewat bayar tah. Aku malas nak sound sbb tak dapat lagi surat tarik kereta. Last week pulak aku dapat sms dr UMobile pasal data plan yg dia guna tu tak bayar lagi. Aku just forward sms tu kat dia. Pandai2 kau lah setel. Dia janji petang tu nak pegi bayar...

Tup2 tadi 3x aku dapat kol dari UMobile. First aku tgh discuss dgn boss so aku ignore call. Second time dia call aku jawab tapi suara dia tak clear so aku letak. Third time aku rasa orang tu ingat aku mmg nak lari tak nak bayar then dia remind aku pasal bil tu, tanya bile nak bayar.. Aku agak rasa annoying lah kan? Aku cakap nnt aku tanya org yg pakai tu dah bayar ke belum.

Then aku anta sms kepada tuan empunya badan tersebut. Aku ckp UMobile call 3x pasal bil tu, memekak je sbb aku tgh discuss dgn boss. Ehhhhhhh....tuan empunya badan nak bersentap2 dengan aku. Dia cakap dia dah bayar, boleh tunjuk resit, siap bayar lebih. Dah bayar dahla. Cakap lah dah bayar. Yg kau nak annoyed dgn aku buat apa? Aku lagi annoyed dikejar hutang yg bukan hutang aku. Kalau hutang aku mmg dapat2 gaji terus aku bayar semua takde tunggu2. Buat rimas otak aku je.. Aku malas nak layan. Aku cakap ok je la. Memekak je UMobile call time aku busy.. (busy2 pun sempat update blog kan?Keh3...)

Adakah cerita tu habis kat situ? Tak.

Tak lama lepas tu aku dapat msg lagi dari tuan empunya badan tersebut. Dia cakap kalau menyusahkan sangat, potong je la line UMobile tu. Nanti dia amik line baru guna nama sendiri. Dia nak pegi potong sendiri tak boleh sebab line tu atas nama aku.

Ewah3....kau pulak sentap lelebih kan? Aku ni mmg PANTANG nak melayan orang yg emo tak tentu pasal. Tanya kengkawan aku. Kalau kau rasa kau seorg yg hati tisu,mudah tersentuh dan tersentap..sila JANGAN JADI KAWAN AKU. Aku faham sume orang ada hati dan perasaan tapi kalau hati kau je nak dijaga..ehhhhhh. Pegi mampus dengan kau. Abis hati aku, credibility aku sape nak jaga?? 

Please eh..aku mmg menyampah perempuan yg stok2 hati macam ranting. Hati kau kena jaga. Kau buat salah takpe tapi kalau nak tegur, jgn sampai mengguris perasaan, hati dan sanubari kau. Like wtf?? Abis hati, perasaan dan sanubari aku ni kau nak jaga??

Aku ni dahla berplan nak membeli reban ayam kat KL ni. Kang tak pasal2 loan tak lepas sebab ada bayaran yg pernah tersangkut2. Dahla aku yg menjawab telefon pasal bil tak berbayar. Buat malu aku tahu? Aku tak suka byr lambat2 hutang2 aku walaupun kat kakak sendiri. Aku main undi ngan kakak aku tiap2 bulan dapat je gaji terus aku bayar kakak aku takde tunggu2. Tak kira lah sedara ke tak. Hutang tetap hutang tahu??

Ni yang buat aku menyampah ni. Kau nak sentap2 silakan. Mmg ada masa terluang aku pegi potong line tu. Takde aku nak jaga2 hati kau. Kereta tu pun tinggal tunggu masa je. Kalau agak2 aku tak tahan aku mmg sound je mintak tukar nama. Kau nak sangat kan??

Aku kira apa sedara ke rapat ke family ke.. Pegi mampus. Hutang kau takkan aku nak tanggung. Nak menyara keluarga aku pun membanting tulang dah ni (cara2 cakap macam keje menanam padi je kan?Keh3..).

Korang rasa aku kejam tak?? Kawan2 aku kat UiTM dulu selalu cakap aku memang kejam. Hati kering. Hoiii...kalau korang rasa keperitan hidup takde mak dari kecik, mesti korang tau betapa kebalnya hati aku. Bapak sendiri pun aku berani sound bila aku rasa dia salah. Nak cakap aku derhaka? Silakan. Tanggungjawab aku,aku tunaikan. Aku tak tinggikan suara. Aku bagi kata-kata je. Hehehe...

Oh ye. Semalam aku sentap dgn seseorang dari family mertua aku. Sebab dia menyound (adakah wujud perkataan menyound ini?Kah3) mengenai anak aku dan cara penjagaan aku kepada anak aku. Actually ni bukan kali pertama. Dah banyak kali jugak. Patutlah before aku bersalin kakak ipar aku yg 1st ada 'berpesan2' kat aku. Tahu apa aku buat? GELAK.

Sebab apa pun kau sound aku tetap takde effect bai!! Aku sentap memang sentap. Tapi...ada aku kesah?? Kau sound aku tak makan sayur? Ada aku susahkan kau? Kau sound aku tak reti masak? Yes. Tapi ada laki aku bising? Sedap tekak kan menyound orang? Aku ni pakkal duk umah mertua. Ingat aku tak teringin nak masak2 utk laki? Tak teringin nak deko2 rumah sendiri?

Duk rumah mertua kau nak kelebet dapur dia pun pikir banyak kali. Dapur tu teritorry mak mertua aku. Dahla mak mertua aku pandai masak. Kalau aku tetiba masak mmg confirm kena condemn lagi sebab tak sedap. Dari itu marilah kita tak payah masak. Biar mak mertua je yg masak. Bagus tak alasan aku nih? Kah3...

Dah2. 15minit lagi nak balik. Lepas ni aku nak meroyan kat laki aku pulak pasal 2 perkara yg menyentapkan hati aku ni. Part yg 1st tu mmg lepas. Tapi part yg 2nd tu...camne aku nak ngadu kat Mr Hubby yg aku sentap dengan salah sorg dari family dia? Ke aku patut diamkan je? Hmmmmmmmmmmmmmmmmm.............

Ok. Sebenarnye takdelah tuju kat mak mertua aku sgt. Tapi sebab laki aku yg tunjuk nih. Dan aku rasa ianya funny. Hehehe..

Comments

  1. sgt sentap. mmg buat rosak nama je klu org x byr instalment nih. jual je la keta tu. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tu ah.sentap..tp takpe..kite perati dulu..

      Delete
  2. haha sentap ya.. cool awak ea.. btw orang Johor duduk mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Seri alam,masai.tp skrg duk kl dah.. :)

      Delete
    2. Ouh.. rilek2 tau.. cool..

      anyway, salam kenal..

      Delete
  3. Replies
    1. Tu ahh malin.aku tgh sabo r ni.tapi aku tak puasa.eh??hahahaha...kantoiiiii...

      Delete
  4. Klu i pun sentapppp.. i pun tak suka sangat. Sound jek sound..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?kan?nak sound orang tu lg tua..susah sket la.huhu

      Delete
  5. i pun ada sedara sendiri buat loan rumah guna nama i, dlu janji akan byr awal atau on time..tp bank every month call i..stress kot! kite pn nak beli reban ayam jgak klu gini rosak laaa..

    i suka pic. tu...heee memang kena sgt dgn mommies zaman skrg, kite nk didik anak kite dgn cara kite sendiri...heheeee zaman dlu, dlu la wlupn 'dia' dh penah jaga anak berderet..grrrr

    ReplyDelete
  6. haiyaa mmg malu k jawab call sb tak bayar hutang... even hutang astro ke line internet ke hp ke pun tetap malu... simply je nak sentap2. kalau sedara atau kawan2 i mcm tu, kalau bagi alasan 'dah bayar' tp telco tetap call mmg silap besar la sb i kan kerja bank...i tau la procedure calling mengolling org ni... tp so far takde sapa yg pinjam nama i...hehehehehe

    btl.. i pun sentap kalau org urgue cara i jaga anak.zaman ni zaman IT, kita membesarkan anak ikut cara lain... nasib laaaa family mertua jenis ok je.tak pernah urgue langsung.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts