8 months and counting!! ;D

Aku jarang update pasal perkembangan Eusoff kat blog kan? Selalunya aku just meroyan pasal benda2 lain je..kan? Bukan aku tak eksaited dengan anak sendiri weyh.. Aku memang kalau boleh nak up entry pasal Eusoff je setiap masa sampai korang muntah membacanya. Keh3.. Tapi..aku ada sebab2 tersendiri ye..

Tapi takpe... harini aku cite sket. Hehe.. Semalam (21st July 2013).. Eusoff dah pun berumur 8 bulan! Kejap je masa berlalu kan? Dah besar dah anak bujang aku nih.. Tau2 tak lama lagi dah nak balik bawak calon menantu dah... *Ehhh??* Hahahaha... Laki aku mmg malas nak layan bila aku buat2 stok emo tgk anak dah besar. Gila apa mak taknak anak membesar. Hehehe...

Ini adalah anak bujang saye. Siapa yang berkenan bolehlah mula menghantar borang permohonan sekarang. Keh3... Bajet anak kau retis ke?? ;p
 

Perkembangan Eusoff setakat 8 bulan :

  1. Sangat suka makan. Tak pernah tolak setiap kali disuap. Sehari makan 3x. Pagi makan biskut Farley's (2kpg) or cereal+oats (brand apa tah aku lupa but khas utk breakfast). Tghari & malam makan bubur (ayam,daging,carrots,salmon,brocolli,etc). Aku bertuah sbb MIL aku yg buatkan bubur utk Eusoff. Mmg takde gula,garam ke ape..And MIL aku buatkan setiap 2-3hari. So 2-3hari sekali baru Eusoff tukar menu..
  2. Once start makan, Eusoff kurang menyusu. Dari pukul 8pg-5ptg Eusoff cuma minum susu 2x je (4-5oz). So sehari max 10oz je aku kena pam utk stok dia. Selalunya dpt lebih. Kdg2 terpaksa buang stok yg dalama sbb tak berusik. Kalau dtg mood dia tanak EBM, terpaksa jugak MIL aku topup dgn FM. Huhu... Tapi once aku balik (sampai rumah dlm kul 5 camtu) mmg Eusoff mengempeng puas2 sampai malam..
  3. FM sebelum ni aku penah try S26 Gold (ok. xde masalah), Anmum (Eusoff reject. Tak sedap gamaknya), S26 biasa (Eusoff tanak jugak), Enfalac A+ (ok.xde masalah) dan sekarang guna Frisolac Gold (ok jugak). Kenapa aku banyak kali tukar susu? Sebab aku guna susu sampel yg dapat free je (Alhamdulillah perut Eusoff jenis ok,takde problem tukar2 susu pun). Jimat. Keh3... OK. Sekarang da kena beli la... 1 tin tu tahan jugak lah sebulan lebih. Friso murah sket dari Enfalac A+ tu. RM65 je (tak silap aku lah.bukan aku yg byr so xingat.hehe)... Tapi rasanya kalau pakai Enfalac pun takde hal sebab 1tin je sebulan. Mampu lagi la.. Kalau aku mmg 100% bg FM kt Eusoff mmg tak mampu nak bg Enfalac je. Mahal benor! Huhu..
  4. Eusoff dah melasak tak hagak2. Kalau dalam gambar korang tgk wajah dia suci murni macam innocent gila..cuba bayangkan dia melasak sambil buat muka yg sama. Nak marah pun aku tak sampai hati.
  5. Dah pandai tukar gear kereta. Tukar ok?Bukan takat pegang tombol gear je.Asal dapat pegang stereng tu mmg taknak lepas dah. Ni dah ada carseat baru, stereng mainan baru..Duduklah kau kat situ! Tapi last Friday aku pegi poslaju 2org je ngan Eusoff. Letak dalam carrier sebab carseat dgn stereng dalam kereta lagi satu. Masa pegi OK je. Boleh pulak time balik dia melalak2 macam kena dera sebab tanak duduk kat carrier tp nak duduk atas riba aku. Sudahnya dekat 15minit aku tersadai tepi jalan melayan Eusoff main stereng,hon,signal ngan wiper. Last2 aku buat hati kering je letak kat carrier then drive balik sambil dia melalak kat sebelah. Haissshhhh... (-_-')
  6. Eusoff belum terror merangkak lagi. Menyelar (betul ke perkataan ni?) mmg laju. Tapi merangkak malas. Angkat2 bontot je. Dah pandai memanjat. Dah mula meniti. Kalau dapat panjat meja untuk berdiri mmg habis diketuknya. Lepas tu mula meniti sikit2... Apesal la anak aku tanak merangkak tapi nak berjalan terus? Sukahati kau lah nak....
  7. Takde gigi lagi. Hehehe... Anak orang lain 3-4 bulan dah tumbuh gigi. Eusoff sebatang pun takde. Tapi makan macamkan dah ade lapan batang gigi. Keh3.. Gusi die keras ya ampunnn... Kalau dia kacip masa tgh menyusu tu terjerit2 aku suh dia lepaskan. Hehe..
  8. Eusoff ni manja ya ampunnnnnn... Manja sangat!! Kalau dtg mood dia nak cium, naik penuh muka aku dgn air liur! Sebab dia bukan cium muah2 tu.. Dia pakej jilat sekali. Keh3... Pastu pandai merajuk. Kalau balik keje, kena amik dia dulu. Kalau kitorg buat lengah2 nanti dia merajuk tanak pandang muka. Kalau balik lewat (kdg2 balik keje kitorg singgah beli barang dulu ke mana2), dia tahu dia kena tinggal. So merajuk lagi. Hehe..
  9. Eusoff suka main dgn Daddy dia. Pantang Daddy dia baring, memang jadi mangsa la. Kena panjat, cubit, gigit, cium..sume ade.  Pandai cari Daddy kalau lama tak nampak. Sanggup ikut Daddy sampai ke dapur kalau Daddy tak amik.
  10. Dah pandai sebut "Ami" (Mummy), "amam" (utk makan, minum, or apa2 je yg dia nak), "Nek" (Nenek). Sekarang dah pandai membebel. Buat apa pun mulut tanak diam. Hehehe..
Muka baru bangun tidur.. Ngeh3...
 
Tajuk cerpen : Saya seekor burung hantu
Keh3... ;p
 
The Body berlipat2. Haha..
 
Ok... kasi can Daddy plak enterframe. Tapi focus tetap pada simuka patsegi ituuuu... Hahaha
 
Ok. Tetiba rindu anak kat rumah. Cepatlah 4.30. Aku nak balik kelebet anak ni woiii!!!!!!!!

Comments

  1. hensemnya eusoff!
    rasa nak gomol²..huhu muke dia copy paste muka u laaa...huuuu cute betol! gebusss ^^
    manje ye anak mommy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seyes??haha..selalunya org yg jumpa mesti ckp eusoff ikut muka bapak.
      jarang ckp ikut muka i..
      tetiba bangga..hehehehe...

      Delete
  2. haha..ucop si muka patsegi..
    lebih kurang mikhail la..kepala petak..ngeh3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tu la.
      muz slalu nyanyi.. "Ucop Squareface, Ucop Squareface" (ikut lagu Spongebob Squarepants)
      Cisss....hehehe

      Delete

Post a Comment

Popular Posts