Our Stockholm Syndrome... Pt 2
Meh nak sambung Part 2 of Our Stockholm Syndrome. Hehehe..
Aku pegi seminggu sebab kena pegi training. Maka ini adalah gambar2 bosan berkaitan training tersebut. Hehehe...
Aku pegi seminggu sebab kena pegi training. Maka ini adalah gambar2 bosan berkaitan training tersebut. Hehehe...
The training room. Ini utk lecture. System punya class kat lab. Takde plak aku snap gambar lab tu. Lupa. Hehe..
My classmate from all over the world. Tahu kenapa aku duduk dalam gambar ni? Sebab aku paling PENDEK. Demm...aku macam kanak2 ribena bila dgn dorg ni. Cissss...
In front our hotel.
The hall.. Building ni da seratus tahun tak silap aku. Tapi mmg cantik gila.
Utrikesdepartementet. Tempat aku bekerja. Iaitu. Foreign Ministry of Sweden. Buruk bunyi dalam Sweden kan? Hahahaha...
Oh ye...dekat ofis dorg ni mmg disediakan vending machine yg ada macam2 jenis air panas. Mostly coffea tapi ada jugak hot chocolate & mcm2 jenis teh. And they have this tradition called ´fikà´.Fika ni basiccally adalah minum kopi. Lebih kurang 10.30am (waktu dorg) and 3.00pm, semua org kat ofis mostly akan stop their work, gather around and just minum2 kopi sambil berbual2. It is a BIG thing there. Kira macam kau nak ke tanak kau kena pegi minum jugak. And sume orang Sweden adalah peminum kopi tegar. Aku yg tak minum kopi hari2 bedal hot chocolate dia sebab sedap nak mampos. Nasib baik aku ada alasan breastfeed anak so dorg tak paksa minum kopi. Kah3..
Suhu masa kitorg pegi tu siang adalah dalam 5-11 Celcius. Paling panas masa hari Khamis (15 Celcius). Tahu panas dia macammana? Macam kau duduk dalam peti sejuk. Malam pulak suhu boleh cecah -4 Celcius. Ada satu malam tu kitorg kuar jalan2 then suhu drop tiba2. Kau bernapas pun keluar asap.
Depan Kungliga Dramatiska Teatern
Gambar tak boleh rotate. Malas aku nak berusaha. Kah3... Muka senyum simpul tapi masa ni sejuk tahap nak mampus. -4 Celcius kot. Ai duk kat mesia nak dapat suhu 24 Celcius pun susah. Kah3...
Eusoff diselubung dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sejuk dia menusuk ke tulang! Dala sejuk, kering plak tu.. Bawah paras beku. Tapi Eusoff boleh tido lena. Hahahaha....
Aktiviti siang :
Lepas mummy habis kelas baru kita boleh pegi jalan2!!!!!! Eusoff dgn muka pasrahnye.. hehehehe..
Ehemmm... pegi shopping ke bang? Keh3....
Eusoff merenung jauh memikirkan masa depan. Ye. Jaket Eusoff mmg besar. Sebab Size 2y punya. Tak sempat nak pegi cari kat Mesia. Grab je yg jumpa. Tapi bagus jugak. Memandangkan Eusoff tak suka pakai seluar dia, so pakai jaket yg besar ni mampu cover sampai tutup lutut. Hehehe...
Muka penat. Kat sini kitorg jalan kaki je pegi mana2. Sebab sejuk so tak rasa penat masa tu. Dah balik bilik baru rasa penat dia. Dan lapar. Sebab sejuk. Hahaha..
Tembam gila muka aku. Dan sememeh. Masa ni hingus da nak meleleh2 sebab tak tahan sejuk Kah3.. Phuiii...
Kaki Eusoff masuk dalam mummy punya jaket so tak sejuk sangat. Hehehe... Btw, babywearing mmg sgt best kalau travel2 camni. Kitorg tak bawak stroller pun. Tak rasa nyesal langsung!! ;)
Berjaya sampai lobi hotel!!!!!!
Lain kali la aku update lagi!!!!! Owh...rindunye Stockholm. Mudah2an ada rezeki boleh pegi lagi!!! Till then......;D
Comments
Post a Comment