Kepercayaan...

Aku sebenarnya tak berapa selesa dengan pemikiran sesetengah orang di sekeliling aku. Aku tak salahkan mereka. Maybe dorg hidup di zaman lain. Jadi pemikiran dan kepercayaan mungkin berbeza. Tapi aku hormat mereka sebagai orang yg lebih tua.

Cuma yg menjadi masalah adalah bila kepercayaan tu dipaksa ke atas aku atau orang2 lain. Aku faham orang dulu2 ada macam2 petua bertujuan untuk kebaikan dan kesihatan baby yg baru lahir tapi...perlu kah setiap petua dan kepercayaan di ikut secara membabi buta??

Contoh terbaik adalah mengenai penanaman uri. Memandangkan aku kenal suami sendiri, maka aku mmg bercadang nak beli set pengurusan uri je. Senang. Semua dah ada dalam tu. Takde maknanya Mr Hubbee nak cari satu-satu brg2 tu. Kalau tak jumpa mau dia merungut. Hehe...

Tapi aku jadi tak senang bila ada yang pesan jangan lupa letak paku, pensel, kertas, etc...masa nak tanam uri.. apakah rasionalnya?? Aku faham pasal garam & asam keping. Utk elak bau hanyir so takdelah binatang2 yg korek uri tu. Itu aku boleh terima... Tapi adakah dengan menanam uri dengan pensel & kertas maka anak akan pandai? Jadi lepas tu kau tak perlu ajar anak kau apa2 sebab confirm2 dia pandai sebab uri dia dah ditanam dengan kertas & pensel?? Lebih pelik bila atas kertas tu di tulis perkara2 yg pada aku tak masuk akal....

 Aku bukanlah orang yang pandai agama. Aku bukan alim ulama. Itu aku akui.. Tapi ilmu agama aku dah cukup untuk menyedarkan aku perkara yang halal dan haram. Aku taknak melakukan perkara2 khurafat. Mr H pulak orangnya bila da dengar perkara2 camtu dia mulalah nak marah. Takpe lah...yang penting kita tau halal haramnya sesuatu perkara.... 

Dan aku tak senang bila ada yang dengan sinisnya memperkecilkan azam aku untuk fully breastfeed baby. Adakah dengan rupa fizikal aku maka aku nampak macam ibu yang tak mampu menghasilkan susu?? Atau kurang 'urban' kah aku kalau aku breasfeed baby? Kerana aku seorang akauntan maka aku kena keluarkan duit beli FM so takdelah orang tgk aku sebagai ibu yg kedekut beli susu anak?Salah ke kalau aku nak berusaha untuk berikan anak aku yang terbaik??

Aku berusaha untuk anak aku. Kalau di izinkan Allah, aku pun nak susukan baby sampai 2 tahun. Kita sebagai manusia kan hanya mampu berusaha..Jadi tak perlu lah memperkecilkan usaha aku dengan kata-kata... "Boleh ke nak susukan anak kalau tak campur susu tepung?", "Kenyang ke anak tu nanti?", "Kalau takde susu nanti macammana? Kan dah membazir je beli barang mahal2 (breastpump, EBM storage bottle, etc) tu....", "Bagi je lah susu tepung. Kau kan keje. Senang cite.", "Kan menyusahkan babysitter nak panas2 kan botol tu.. Bagi susu tepung je nnt. BS kau tinggal bancuh je...".

Ye. Aku tau semua tu. Tapi aku masih nak berusaha bagi anak aku susu ibu. Dan aku pun tak teringin nak menyusahkan babysitter aku nanti. Jgn risau. Aku akan bekalkan BS aku dengan segala brang yg dia perlukan utk bg anak aku EBM masa aku keje (bottle warmer, cooler bag, sterilizer, etc..). Tapi kalau Allah dah tentukan rezeki anak aku sampai mana, aku redha. Cuma..janganlah perkecilkan orang lain. Bagilah motivasi & kata2 peransang. Kalau korang tak bersetuju dgn pandangan orang lain pun, senyum je la. Itu lebih baik dari menghina usaha orang lain... 


Jadi...SENYUM SAJA LAH..... (^_^)

P/S: Calling for Tracy...still interested dgn Fisher-Price Rocker & Medela Harmony tu ke tak yea?? Since u da byr deposit for the rocker but takde apa2 feedback lagi ni. Nak let go pada orang lain pun tak sedap hati ni. And u also book Medela Harmony. Kalau tak nak I let go pada orang lain... Pls respond ASAP. Email a few times tapi takde answer punnnnnn....... :)

Comments

  1. hihihi..
    dengarkan aje..x yah follow pun yunk

    ReplyDelete
  2. bab tu mmg sensitip malin..(bf)..yana senyap2 je ni..kl tanya pendapat even bfren sendiri yg da ada anak pon menyakitkan je jawapan sbb mostly mmg diorg fm bila da start keje..penah skali tanya,'ko beli bpump ape?-dia jawab-xyahla beli pump2 bagai tu,kl susu byk pam je pakai tgn..peh..blom tanya 'nape ko tak nyusu penuh anak ko..lagi sakit jiwa kang jwpn..hahahaa..so,senyap jekkkk lg bagus org tak tau..haha

    ReplyDelete

Post a Comment