It's a complicated story...

Entri harini aku nak bercerita sikit...boleh?Aku nak korg letak diri korang dari perspektif seorang suami, seorang isteri dan seorang anak.



----------------------------------------------------------------
Ada sorg lelaki, A. Beristeri dua. Berkahwin dengan isteri pertama, B, selama 10 tahun dan tak dikurniakan zuriat. Kemudian A berkahwin dengan isteri kedua, C, dan dikurniakan puteri sulung, D, selepas 2 tahun berkahwin. 4 tahun selepas kelahiran D, A dikurniakan zuriat lelaki bersama isteri pertamanya, B. 2 tahun kemudian, A dikurniakan lagi seorang puteri, E daripada isteri keduanya, C. Maka A,B dan C terus hidup bersama. B dan C redha hidup bermadu dan menjalani hidup seperti biasa...


Telah tertulis kehendak Allah, C (isteri kedua) di sahkan menghidap penyakit merbahaya dan tidak mempunyai harapan untuk hidup. Puteri sulung A, D mengambil alih tugas menjaga adik kandungnya, E. Tidak lama kemudian, C meninggal dunia.


Sebagai ibu tiri, B menawarkan diri menjaga D & E. A membawa kedua-dua puterinya tinggal bersama ibu tiri mereka. Hidup berjalan seperti biasa... B menyangkakan kehidupan baru yg ditempuh bersama suami, anak dan anak2 tirinya akan berkekalan sehinggalah suatu hari A menyatakan hasrat untuk memperisterikan seorang gadis, F sebagai isteri keduanya. 


B tidak dapat menerima kenyataan kerana sudah puas hidup bermadu bersama arwah C di suatu masa dahulu. Pertengkaran demi pertengkaran, A masih berdegil dan berkeras memperisterikan F (isteri ketiga). Mereka berkahwin tanpa kebenaran B. Akhirnya rumahtangga A dan B runtuh dan mereka setuju untuk bercerai.


A dan F mula menjalani hidup baru. A membawa kedua-dua puterinya, D dan E untuk tinggal bersama mereka manakala putera tunggalnya terus tinggal bersama ibu kandungnya, B.  Hari demi hari berlalu. Kedua-dua puterinya mulai dewasa.. 


Kesibukan dengan tugas pejabat membuatkan A semakin kurang menghabiskan masa bersama F dan juga puteri2nya. Dan kerana tugas pejabat jugalah A bertemu dengan seorang janda, G. Lama kelamaan A dan G mulai rapat. A menyatakan hasrat untuk memperisterikan G kepada F.


F membantah hasrat A. Namun bagi A..jika dulu sewaktu dia mula2 ingin memperisterikan F, F sanggup bermadu dan menjadi isteri kedua..kenapa sekarang F tidak sanggup bermadu dan menjadi isteri pertamanya? A terus berdegil dan berkahwin dengan G (isteri keempat). F pada mulanya tidak dapat menerima kenyataan tetapi terus bersabar..


Telah ditakdirkan Allah, jodoh A dan G tidak panjang. Selepas 3 bulan berkahwin A dan G asyik berselisih faham. Setahun kemudian mereka bercerai. A kembali kepada F dan puteri2nya. F menyangkakan segala2nya telah selesai dan dia boleh terus hidup berbahagia bersama suami dan anak2 tirinya..


Tapi rupa2nya Allah itu Maha Berkuasa. A bertemu dengan seorang gadis lain, H. Dalam usianya yang sudah hampir 60 tahun, A jatuh hati pada gadis 20-an itu. Dengan berterus terang, A menyatakan hasrat untuk memperisterikan H kepada F....

--------------------------------------------------------------------------------


OK. Cukup sampai sini cerita aku. Pada pendapat korang, dalam cerita aku tu.. Siapa yang paling tabah? Siapa yang bersalah? Apa yang korang akan buat kalau korang ada di tempat A (suami), B (isteri pertama), D (anak sulung) atau F (isteri ketiga)?


Nanti aku ulas cerita ni dari perspektif aku. Aku just nak tau pendapat korang je dulu.. (^_^)

Comments

  1. anak2 menjadi mangsa. last2, anak2 laki ikot perangai bapak, kdg2 la. anak pompuan lak balas dendam kat pasangan masing2. sbb benci tgk bapak sesuke ati buat mak dia camtu. bse gtu r.

    ReplyDelete
  2. @_@..ok bab2 mcm ni atie pening..@_@

    ReplyDelete
  3. H nak ke kawen ngan A? isk..isk..pangkat atok dah kot..tp tu la..cinta itu buta..huhu..kesimpulan aku, jgn pecaya 100% pd lelaki...we never know the future..

    ReplyDelete
  4. paling tabah mestilah isteri2 dan anak2. redha berkali-kali dengan perangai A.
    yg bersalah adalah A.
    Lelaki biasanya macam inilah. Bila sekali dah pernah buat (beristeri lebih dari 1), dia akan buat lagi bila ada peluang.

    ReplyDelete

Post a Comment