Aku hormat suami okeyh?!

Aku cukup tak suka kalau ada kwn2 lelaki (especially yang aku tak bape rapat) asyik nak chat kat FB...
Kalau kwn yg rapat dgn aku takpe gak..
Tapi kwn2 yg rapat takde maknanya nak chat hari2..
Dorg pun byk keje lain nak buat. Bertanya khabar pun sekali sekala..
Masalahnya yang suam2 kuku or yg aku sekadar kenal je...
Perlukah hari2 bila nampak status aku online terus tegur & bertanya khabar?
Kalau aku dah ignore berkali2 tu masih tak faham bahasa kah?
Bukan sorg yg macam ni..ada 2-3 org..
Aku sangat tak selesa...
Da masuk dalam restricted group pn masih annoying lagi..
Mungkin aku akan remove mamat2 ni..

Jgn salah faham ye..aku bukan sombong. Aku layan je kwn2 lain yg chat ngan aku. Especially kalau aku xbusy. Kalau busy aku akan ckp lelok. Sbb kdg2 FB ni aku biar je terbukak walaupun tgh buat keje. Aku xkisah nak sembang2..

Tapi yg buat aku xselesa bila lelaki tersebut bukan kategori BFF or kwn2 yg rapat ngan aku. Bila chat tu conversation mula ke arah yg aku xsuka. Kalau aku xrapat dgn kau, maka aku tak perlu tau perjalanan kisah cinta kau, kau kena tinggal GF, kau tgh kecewa, GF ko sgt mengongkong...Dan lagi menyampah bila dalam conversation tu kau asyik nak meninggi diri. Konon kau lah lelaki sejati, pangkat kau tinggi, gaji kau besar (eleh..kau tahu ke gaji laki aku berapa??!), kereta kau mewah (wuteva...)...

Aku seorg introvert. Aku tak share segala2nya pasal aku pada semua org. Aku tak perlu jaja kisah rumahtangga aku dan aku tak perlu cerita kebaikan or keburukan suami aku pada org lain. Even BFF aku sendiri tak tahu apa yg berlaku dalam hidup aku 100%. Hal rumahtangga itu hal kami berdua. Kalau aku gaduh or merajuk dgn Mr H sekalipun, tak seorg pn yg tahu kecuali aku & dia. Jadi aku rasa tak perlu lah aku nak bersembang dgn org2 yg takde kaitan dgn aku mengenai perkara2 personal ni..Dan aku sgt2 tak selesa kalau org bertanya hal2 personal aku.

Sejak jadi seorg isteri, aku sedar status & tanggungjawab aku. Tak salah berkawan dengan lelaki. Tapi ada batasnya. Bukan Mr Hubbee mengongkong. Tak. Sikit pun tak pernah dia halang aku berkawan. Tapi sebagai isteri aku sedar siapa aku. Jadi...janganlah pandai2 nak buat assumption yg suami aku cemburu buta, kawal dgn siapa aku berkawan. Mungkin pada kau setakat chat di FB tak mungkin suami aku tahu. Tapi Allah tahu. 

Dan aku masih sedar diri. Aku hormatkan suami. Aku takkan buat pada dia apa yg aku tak nak dia buat pada aku. Our relationship is based on trust. Aku trust suami aku utk tak buat perkara2 yg aku tak suka...Dan dia trust aku utk tak buat perkara2 yg dia tak suka..

Maaf. Aku bukan sombong..
Cuma kalau aku jadi suami,aku tak akan suka isteri aku ber'chatting' di FB dengan lelaki lain mengenai hal2 peribadi..
Aku hormat suami aku...
Aku tak perlu dia keluarkan kata2 utk faham apa yg dia tak suka...
Jadi utk kau...yg dulu tak pernah pandang aku sebelah mata pun...
Kenapa aku perlu layan kau??Kau siapa??

Maaf. Rumahtangga aku lebih penting dari kisah cinta kau..

(^_^)v Peace!





Comments

  1. saya sokong!! heheee
    betol tu.. i pn dah remove kwn² yg suam² kuku ni terasa sgt annoy.nk menyibuk pun ade gak.

    byk batas kita dgn lelaki lain, even nak berborak dgn lelaki lain pn kena mintak izin, kang jd fitnah..baik remove je..hikhik ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..xkisahla org nak ckp kite sombong pun kan?
      janji xjadi fitnah.. :)

      Delete
  2. sokong !!!

    memang dalam islam pun tak elok kita citer pasal umah tangga kita kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..tu kan rahsia rumahtangga.watpe la nak cite kt org yg tah sape2..kn? :)

      Delete
  3. sokong... umie pnh jgk.. memule mcm ok je.. lme2 kelain plk yg disoal.. pe lg.. remove n block trus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...bahay jugak berFB ni..remove & block mmg boleh tp kalau da namanya stalker,mcm2 die boleh buat utk tgk FB kite..kn?

      Delete
  4. kita same lah.. saya pun introvert jugak...
    sebab tu FB saya hanya approve orng yang betul2 knl je...
    Malas nak layan dgn org yang tak rapat sangat ni...

    ReplyDelete
  5. sokong..xperlula jaja kisah rumahtangga walaupun ngan kawan sendiri..hal kita suami isteri,antara suami isteri jela...

    ReplyDelete
  6. sape weh lelaki2 itu? aku kenal x? aku pulak yg nk menyibuk nih..bole ka? ahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahaha...aku xpasti la ko knl x weyh.yg mamat plg annoying tu ex-classmate aku b4 msk tcsjb dulu..classmate tcsjb kte dlu dah x mengannoyingkan aku lg.ngeh3..

      Delete
  7. pasti sejuk hati suami puan. Tahniah kerana menjadi seorang isteri yang solehah. Isteri yang solehah bukan semata-mata yang alim dan beragama sahaja, tetapi yang menjaga hubungan itulah penawar yang diperlukan suami. Isteri saya tak macam puan, malah pernah kantoi menyembang lucah melalui fb dengan lelaki lain. Allah tunjukkan pada saya. Walau apa pun, tahniah dan terus setia dengan suami ye.

    ReplyDelete

Post a Comment