My marriage life...

Salam dearies... :)

Alhamdulillah...Tak sedar dah sebulan lebih kami berkahwin. Sekejap sangat masa berlalu..kan? Ke aku je yg rase camtu? Almaklumlah..PJJ kan? Bila weekdays asik rasa diri cam single je. (Almost) Everyone kat ofis pun still panggil "Cik Amalina" lagi. And I happily agree. Hehehe.... (It's weird being called "Puan"..kan?)

Sejak kahwin ni every weekend dpt jumpa Mr Hubbee. Kecuali last 2 week. The reason? Aku ada event (maklumlah..gomen kan suka event2 nih) and Mr Hubbee keje (workaholic lah tu. huh). Perasaan? Biasa je..Rindu mmg lah rindu tapi..aku ok je. Aku rasa Mr Hubbee yg risau lebih2. Takut sgt aku sampai demam2 rindu kat dia. Hehehe...btw mmg aku demam lepas Mr Hubbee balik KL masa baru seminggu dua kawin aritu tapi aku rasa takde kaitan ok? ;p

Harini pun aku tak sihat lagi. Maybe penat sgt balik dari KL last weekend. Demam, selsema and sakit tekak. Huhu... The weird thing is..lepas kawin ni org2 sekeliling pantang dengar aku tak sihat. Padahal aku mmg senang sakit pun sebelum kawin. Tak pernah plak jadi issue. hehe..

Sekarang ni (almost) everyday aku dengar soalan standard..."Dah pregnant ke belum?". Bosan betul nak menjawab hari2. Dahla Mr Hubbee jauh. Kalau isnin aku xpreggy takkan selasa dah preggy plak kan? Kehkehkeh..

Jujur aku cakap sebenarnya aku belum bersedia nak memikul tanggungjawab sebesar tu. Having a baby is not about having a baby. Its about raising a human being. Aku sendiri masih terkapai2 nak jadi seorang isteri...bersediakah aku jadi seorang ibu?

Aku tau dan sedar orang2 sekeliling aku (hampir) semuanya bunting pelamin. Mungkin rezeki masing2. Aku tak kisah. Because I'm not in any race in having a baby. Ini bukan masa tunjuk siapa hebat,siapa subur,siapa power... Aku tak nak ada zuriat semata2 sebab tgk org lain ada zuriat. Aku nak bila aku ada zuriat nanti, aku mampu berikan yang terbaik utk anak2 aku. Bukan dari segi material je. Tapi on all aspect...

Honestly, aku & Mr Hubbee takde family planning, takde guna contraceptive or preventive measures. Kami serahkan pada Allah. Sebab Dia yg maha mengetahui dan maha memahami. Bila satu masa nanti Dia berikan kami rezeki tu, aku harap kami dah bersedia nak pikul tanggungjawab besar yg menanti...



My life now...sangat tenang. Walaupun dah lebih 7 tahun kenal Mr Hubbee, lepas kawin rupa2nya banyak lagi yg aku tak tau pasal dia. Contohnya :
  • Dia WAJIB minum Nescafe setiap pagi sebelum makan breakfast
  • He's very messy. Tapi lepas kawin terpaksa pasrah sebab dpt wife yg control freak dan suka membebel. Hehe..
  • He try to look nice when we go out
  • He REALLY2 love to sumbat me with makanan! Asyik suruh makan je!
  • Sejak kecik aku dah terbiasa tido sorg2. so lepas kawin still nak adjust bila tido berdua...But one thing I realize, Mr Hubbee mesti merajuk if I don't sleep on his arm or chest. (Ini bukan cerita lucah yea..hehe). Mula2 memanglah aku buat tapi lepas tido mana la sedar kalau dah tergolek ke tempat lain...kan? Hehehehe..
  • He's VERY2 patient. Sgt penyabar dgn perangai aku yang tak tentu arah ni. Hehehehe...
There's always someting to learn about your better half! ;)

This weekend ada family gathering. My family gathering. Mr Hubbee will be joining. Yeayyy!!! Oh. And on Sunday nak bawak my little devil (nieces & nephew) pegi Wet World sempena cuti sekolah ni. Kita tgk prestasi Mr Hubbee nanti. Hehehehe... ;D


Comments

  1. aku sukeeeeeeee tgk kartun yg feed the cat tuh...kelakar kot..tp best!

    ReplyDelete
  2. betul! byk sgt benda kita tak tau dah perlu belajar tentang si dia kan. kena belajar adapt sampai akhir hayat. =)

    ReplyDelete
  3. malynd : aah..haha...but its kinda true!haha

    Maera : betul! :D

    ReplyDelete
  4. :) kan2. dpt kita mengenali psangan masing2 dgn lebih dkt. walaupun ada yg sama dan beda. yg penting, kita terima seadanya :)

    ReplyDelete
  5. comel la citer awak ni...pe pun, thnks sharng pada kak long yg bakal lagi 2 bulan lebih je lagi kot bakal jadi suri dihati bakal suami...:)

    ReplyDelete
  6. Fariza : betul...masa baru2 kawin ni masih dlm proses mengenali & adjusting. apa2 pun kena lah terima..kata pun suami isteri..kan?

    kaklong : tq kak long..semoga majlis nanti berjalan lancar.and selamat menempuh alam rumahtangga pulak!hehe ;D

    ReplyDelete
  7. sama la kte long distance...tp tentang bila sakit2 pas kawen ni..jgn la cite dkt org..cpt je mulut diorg ckp..pregnant la apala..sedangkn jmpe pun bkn sll..huuuuu

    ReplyDelete

Post a Comment