Puisi Zahiril buat Shera...

“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku.”


- Puisi yang dibaca oleh Zahiril di Majlis Resepsi mereka di iringi lagu Dirimu Satu By Ungu

Nice huh? Aku takdelah minat gila2 kat Zahiril ni. Aku rasa dia mmg talented. Tapi lepas baca puisi ni I think he's a nice catch after all...kan? *winks*. More info korg boleh click sini

Comments

  1. soo sweettt~~harap2 jodoh mereka berkekalan lah ye :)

    ReplyDelete
  2. kan?kan?bestnya dapat lelaki mcm zahiril ni kan?hehehe..

    semoga jodoh mereka berkekalan.amin... :)

    ReplyDelete

Post a Comment