CONTEST SWEET COUPLE by Cik Ana

CONTEST SWEET COUPLE

SYARAT-SYARAT
1. Jadi follower belog comot cik ana at www.adorableana.blogspot.com
2. Letakkan banner pertandingan di side bar blog anda
3. Beritahu saya apa perkara paling sweet pernah si dia lakukan buat anda. (penceritaan terpulang kepada kreativiti samada melalui esei,video,gambar,nyanyian dll)
4. Tarikh tutup penyertaan = 27.01.2011 pukul 11.59 p.m
5. Hantar penyertaan anda kepada saya di email = loveliest.pinkheart@yahoo.com


HADIAH BERUPA :
Tempat pertama
large plate dengan cetakan gambar anda & pasangan & bunting perkahwinan

Tempat kedua
  medium plate dengan cetakan gambar anda & pasangan

Tempat ketiga
 mini plate dengan cetakan gambar anda & pasangan


----------------------------------------------------------------------------------------------
 
Sweet couple?adakah kami sweet couple?Tentu saja TIDAK!Like hell,noeee!!kami sungguh tidak sweet yea...kenapa?Kerana kami adalah couple yang weird.Mungkin kalau kami masuk contest weird couple kami ada peluang untuk menang.hehee...

First of all biar saya ceritakan kenapa kami adalah weird couple. Kami berjumpa pertama kali pada 13 Julai 2004. Pada 15 Julai 2004 dia melamar saya menjadi teman istimewanya dan saya setuju. Pada 17 Julai 2004 adalah kali pertama kami keluar ditemani teman-teman. Sungguh pantas kan? Semua itu terjadi dalam tempoh tak sampai seminggu!Teman-teman baikku semuanya tak percaya..Kata mereka kami takkan bertahan lama!

Kami tak seperti pasangan-pasangan lain. Tiada kata-kata manis dari dia. Tapi aku sgt senang bersamanya. Personaliti kami berbeza tapi bagiku kami saling melengkapi. Kami bagaikan api dan air. Aku seorang yang kurang sabar,panas baran,degil dan pemberontak. Dia seorang yang tenang,penyabar, 'cool' dan pecinta keamanan.

Dulu..aku selalu merungut. Die tak romantik seperti kekasih teman-temanku. Aku tak pernah dapat hadiah istimewa darinya. Aku tak pernah merasa layanan istimewa darinya. Aku selalu ungkitkan itu...Selepas 6 tahun bersama baru aku sedar die sememangnya untukku!

Sewaktu masih belajar di UiTM, jauh dari keluarga..ketika aku demam dia sanggup masakkan aku bubur walaupun dia tak pernah memasak!(Rasanya korang pasti boleh bayangkan kan?haha). Ketika aku dalam kesusahan dia sanggup datang dari jauh untuk menolong. Ketika secara tak sengaja dia menyakiti aku (sampai kaki aku lebam), aku dapat lihat rasa bersalahnya..so sweet...

Pada September 2010 doktor mengesahkan aku mempunyai ketumbuhan. Aku dapat lihat kerisauan pada wajahnya. Sedaya upaya dia cuba membantu dan mengubati aku. Aku sedar banyak duit yang telah dia habiskan kerana sakit ku..Februari 2011 ini aku akan menjalani pembedahan kecil. Mungkin dia adalah orang yang paling risau. Lebih risau berbanding aku sendiri!Bagiku itu sudah cukup manis..

Dan aku menyedari cintanya benar-benar untukku kerana pernah satu hari dia bertanya padaku adakah aku benar-benar sayangkannya. Dengan bergurau aku menjawab "Tak". Aku dapat lihat riak wajahnya. Kecewa, sedih dan terkejut! Seperti dunianya telah runtuh!Dan wajahnya kembali ceria apabila aku tergelak selepas itu. Pada hari itu aku sedar,dia lah untukku!

Jadi..pada pendapat kalian..adakah kami SWEET COUPLE?

Suara Hati - Nike Ardila

Izinkan cintamu berbunga dihatiku
biar terus mekar jadi kenyataan
telah lama ku dahaga belaian seorang insan
semoga bersamamu ceria hidupku

ku tak akan bersuara walau dirimu kekurangan
hanya setiamu itu kuharapkan
ku tak akan menduakan walau kilauan menggoda
kasih dan sayangku tetap utuh untukmu
hanya kupinta darimu setialah selamanya
sehingga abadi cinta ini sayang 
itu kudoakan

Tak mugkin kan terjadi kehancuran cinta kita
andainya hatimu seperti hatiku...


P/S : Sorry.Entri ni mmg jiwang!hehehe...but it all come from my heart. Harap korg xmuntah darah bila bace yea..hihi... ;P

Comments

  1. sweet sangat...!! good luck
    eyh..kamu ade ketumbuhan? sakit ape dear? take care ya..moga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. tq dear.. =)
    i just ade small lump.don't worry.doctor cakap might not be anything serious..
    thanks yea.. =)

    ReplyDelete
  3. sweet sgt2!! awesome.. dear~ semoga cepat sembuh!!! kuatkn semngt ye

    ReplyDelete
  4. manis nyeee....sure semut datang kat blog u nanti..hehehe...btw gud luck dear n take care... =D

    ReplyDelete
  5. tq...malu sayeee....hihi *blush*
    haha ;P

    ReplyDelete
  6. congrate menaang contest..korang mmg sweeeeeetttt :)

    ReplyDelete
  7. waaahhhhhhhhh!!!!!tq!!!!!!hihi...terharu lak.cm menang award pe je..malu la cmni.hahaha *blush*

    ReplyDelete

Post a Comment